Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Friday

Syurga is worth it, always.

an-nahl ayat 126:

dan jika kamu memberikan balasan,
maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan ke atas kamu.
akan tetapi:
jika kamu bersabar,
sesungguhnya itulah yang lebih baik,
bagi orang2 yang sabar.

#jomrandomkindness hari ini adalah jom pilih untuk tidak balas. jom cuba untuk biarkan.

dan jom lawan desakan hati yang justify balasan kita sebab orang buat kita dulu.

kita manusia. pastinya ada hari tersinggung, ada masa terpecah. justeru, ada detiknya kita melantun dan membalas semula.

itu refleks, namanya.
orang pukul, kita tepis.
orang tumbuk, kita tangkis.

aku juga antara manusia begitu.

tapi jom cuba.

orang datang pada kita bawak parang, bawak pedang, bawak apa sahaja--
kita angkat kaki.

pilih untuk kalah di dunia.

syurga is worth it.
always.

-fynn jamal

No comments: