Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Thursday

miracle is an event not ascribable to human power or the laws of nature and consequently attributed to a supernatural, especially divine, agency.

---
وَقَالَ رَبُّڪُمُ ٱدۡعُونِىٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِى سَيَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.Al-Quran (40 : 60)
×××

"Cuba kau tengok tapak tangan kau"

Pandang tapak tangan.

"Kau nampak apa?"

"Nombor. 18 dengan 81."

"Agak-agak kenapa Allah letak nombor tu?"

"Untuk ingat nama-nama Allah"

Senyum. Angguk. "Hmm... Lagi?"

"Lagi?"

Senyum. Angguk.

Angkat bahu. "Entah"

"Untuk... Ingatkan siapa kita sebenarnya. Dari mana asal kita dan mana letaknya maqam kita"

Muka blur. "Haa?"

"Ok. Senang cerita macam ni. Cuba kau rapatkan tapak tangan kau. Macam orang berdoa tu"

"Hmm.. Dah"

"Apa yang kau nampak?"

Sengih. "Pinggan" Mengerling. "Oh... Kau nak main yang tilik-tilik nasib tu eh.. Haa..? Haa...?" Angkat-angkat kening. "Tak baik lah weh main benda-benda tu. Kata, kita dah say bye-bye dengan jahiliyyah"

Ketawa nipis. "Ceh! Itu je kau nampak?"

Angguk.

"Cuba perhati betul-betul. Ini bukan ke bentuk rahim? Ni... fallopian tube... yang ni, uterus... Tak ke.?"

"Wooo!~ Ya lah. Baru terfikir"

"Allah sengaja letak bentuk rahim. Sebab tiap kali kita berdoa, Allah nak kita doa dengan rendah hati. Allah nak kita ingat balik kita asal dari mana sebenarnya; dari air mani..."

Tunduk. "Hmm.. Sebenarnya, Allah nak tolong kita, kan? Allah tu...sangat baik. Allah tu...sangat sayangkan kita. Sebab tu dia tolong ingatkan kita dengan cara ni, kan?"

Angguk. "A'ah. Cuma, biasalah. Kita sentiasa lupa. Manusia, kan?

No comments: