Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Sunday

"Tak tahu, tanya!"

"Tak tahu, tanya!" atau "Kalau tak tahu, baca!"

Bapak aku pernah komen; in fact selalu juga dia bebel dekat aku macam. . .

"Kakak, bila abah suruh baca paper tak nak. Your general knowledge is very poor"  
"Ish. General knowledge kakak poor sangat lah!"  
"Itulah, berapa banyak kali abah pesan suruh membaca, tapi malas!"

Selalunya, Abah mesti complaint bila dia tak dapat respond apa yang dia expect dari aku bila dia tanya sesuatu. Heh.

Tapi, aku bukan nak cerita pasal tu. Aku nak sembang pasal orang yang suka jump into conclusions or judge without having the exact or right knowledge.

Kalau tak silap aku, ada ayat Quran yang kata "jangan bicara sesuatu yang kita tak tahu" (aku tak ingat ayat mana, surah apa. Tapi, perasaan aku kuat kata ada ayat Quran yang mafhumnya lebih kurang macam tu. Mungkin kau orang boleh semak dan share dengan aku)

Sekarang, orang sibuk isu Chester Bennington disamping isu-isu lain. Aku pun, terjebak sama pasal Chester Bennington tu. Suara dia sedap, okay! Okay, aku bukan nak ulas pasal tu pun sebenarnya.

Umum tahu, Chester Bennington diuar-uarkan mati bunuh diri. Sebab apa? Depression. Oh well, bila sebut pasal ni, macam-macam komen aku baca. Ada yang ambil peluang ni untuk wujudkan kesedaran pasal mental health. Ada yang juga yang keluarkan kata-kata macam, 'such things won't happen kalau dalam dada kau ada iman' and yadda yadda yadda.

Aku, seorang manusia yang punya ilmu yang amat limited ni, tak nak kalah juga weh! Aku pun nak sumbang sekali suara sumbang. Apa yang aku nak sumbangkan is, kalau kau orang tak ada ilmu yang jitu, tolong jangan komen macam 'semua ni masalah iman ni' 'semua ni sebab tak percaya Tuhan ni' 

Ya, memang betul. Kalau jiwa kosong, syaitan durjana memang mudah je nak pujuk kau, hasut kau, ajak kau buat benda yang tak sepatutnya. Yang deviate dari apa yang Nabi ajar.

Tapi, c'mon. It is unfair untuk kau terus jump into conclusion dan pukul rata kata semua orang yang ada masalah mental ni suffers from masalah iman. (Mental disdorder -mood disorder ni banyak weh. Kau boleh baca kalau mahu)Kau pernah jumpa orang yang tahajjud tak tinggal, kalau bab sedeqah dia yang pertama hulur, kuliah dan majlis ilmu sentiasa penuh dalam jadual, Quran bawa ke sana sini, tapi still masih ada masalah macam tu. Kau pernah fikir tak sebab apa?

Masalah ikhlas? Sebab dia tak ikhlas dengan Tuhan dalam ibadah dia, sebab tu tak dapat rasa manisnya iman. Sebab tu lah dia rasa depressed and whatnot. C'mon man! Okay lah, itu mungkin satu sebab, tapi, again. Kita tak boleh pukul rata. Faham?

Haritu, aku baru baca (sikit je lah tapi, tak sempat nak habiskan; harisun ^ala al-wakt aku masih fail. sigh~) satu buku psychiatry, pasal mental illness. And, kalau kau baca, otak kita ni banyak gila yang belum di-explore lagi. Terlalu banyak. Like, what exactly happen to the hippocampus, to the amygdala, to the thalamus, hypothalamus, cerebrum, to all the related lobes etc. Banyak weh! Banyak sangat! Yang memang scientist masih tak explore semua lagi. Serious!

Tapi, satu benda yang pasti, aku ada baca juga part hormone imbalance dan apa kaitannya dengan our emotions (yang ni, kau boleh baca dalam psychology book, aku minta maaf tak dapat providekan nama buku sebab macam aku cakap, aku baca separuh dekat library lepas tu, aku malas nak injam untuk habiskan, terus lupa apa nama buku. maaf). Oh dear. Kalau kau baca pasal otak manusia ni, pasal minda manusia ni, tak terkata banyak nya benda yang kita masih belum tahu. Sumpah!

Jadi, bagi yang komen 'sebab iman tak kuat tu' 'sebab banyak buat maksiat tu' 'sebab tak dekatkan diri dengan Allah tu' , aku bukan nak salahkan kalian, tapi.. . .jangan cepat sangat judge?

Ini, lebih kurang je macam kes seorang budak UPNM yang meninggal disyaki didera. Banyaklah yang komen kata, 'alah, diorang ni teruk betul. kenapa kena ada perbuatan kasar macam tu?' 'kenapa kena buat sebegitu rupa?' 'kenapa kena ragging?' 'kenapa kena ada such treatment?' Kita, sebagai layman (yang aku consider lembut hatinya) mesti akan kata, 'kenapa kasar sangat?' 

Duh! C'mon man! Depa tu dilatih untuk menjadi tentera disamping belajar macam pelajar lain. Apa kau expect tentera hati lembut? Yang tak boleh terima latihan macam tu? Then, macam mana dia nak bunuh musuh? Tapi, at the same time, aku masih tak setuju dengan tindakan yang delay (agaknya lah) diorang untuk bawa jumpa doktor atau fact sebenar yang diorang conceal dari doktor waktu mangsa dibawa untuk treatment. Tindakan macam tu will never be right! Tengok apa dah jadi? Heh. ya, aku masih tak terima tindakan diorang yang menyebabkan budak tu meninggal (though, memang Allah tetapkan cara dia meninggal sebegitu rupa)

Kenapa aku merepek banyak sangat ni? *Oh dear* Aku tak tahu samada aku masih on track atau aku dah menyimpang.

Tapi, kembali pada tajuk asal, kalian tolong jangan cepat sangat nak menghukum. Boleh? Baca weh kalau tak tahu pasal sesuatu ilmu. And, tanya pada yang berilmu mengenai ilmu yang kau tak tahu dan nak tahu tu. Bukan bikin assumption sendiri. Faham?

Samalah juga macam kes orang selalu kata, 'kalau buat Islamic loan, kadar dia bapak tinggi; baik buat conventional loan' 'Islamic loan ni minta kita bayar mahal-mahal tak macam riba juga ke?' etc.

Urghhh! Kalau kau tak ada ilmu, kau senang cakap gitu gini. Sebab kau tak tahu hakikat sebenar. Kau tak tahu. Jadi, ambil lah tahu! Okay?

*sorry, aku emo lah pula*

Manusia. Dari dulu suka sembang 'Put yourself in one's shoes' bila kau yang ditimpa masalah. Tapi, bila orang lain ditimpa masalah, pandai pula kau kata 'eleh, menggelabah gila! benda kecil nak dibesar-besarkan'

Pfft!

Arghh! Lagi sekali, apahal aku emo pula ni? Adoi laaaa.

Sorry.

Tapi, aku harap apa yang aku cuba sampaikan tu, tersampai.

Wallah^alam. Mana yang salah, betulkan. Mana yang kurang, tambahkan.

Aku tulis pun, berdasarkan pengetahuan aku yang limited. Kalau salah, mohon betulkan dan tunjuk ajar.

Wallahu^alam.


-May Allah bless-

p/s: kah3! Lepas setahun weh on hiatus, akhirnya ada balik. Semua ni sebab exam. Lol.
pp/s: Oh, dear. How I miss writing

No comments: