Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Sunday

Kita hidup dalam zaman yang menakutkan.

Sumpah!

       ~ bilamana main kahwin-kahwin budak-budak bukan lagi setakat main duduk atas pelamin dan tepung tawar

       ~bilamana budak lelaki anggap cium (baca: cumbu) budak perempuan itu benda biasa
   
       ~bilamana budak-budak anggap jadi gangster tu in-trend dan cool

       ~bilamana kata carut jadi ucapan biasa budak-budak

       ~bilamana budak-budak perempuan ada perception lagi-cepat-aku-hilang-dara-lagi-cool-aku

Dan banyak lagi benda yang menakutkan untuk aku senaraikan.

Sumpah! This is CREEPY!

     * * * * *

"Kakak, kakak ada pakwe?"

"Pakwe? Hmm . . . (geleng kepala) Tak"

"Seriouslah? Kakak tipu eh?"

"Serious lah. Apa kakak dapat kalau kakak tipu kamu pun? Kenapa? Kamu nak kata kamu ada lah ni?"

(senyum malu) "A'ah"

"Oh. . . Siapa namanya? Kakak kenal?"

"Kakak tak kenal. Dia lagi tua dari kita tiga tahun macam tu. Kadang kan kak. . . Kita rasa macam nak kahwin je! Nak lari dari rumah ni. Serabut lah duduk rumah. Baik duduk dengan suami. Tenang sikit"

"Eh. . ? Kenapa cakap macam tu?"

"Ya lah. . . Bila duduk rumah asyik kena marah je. Penat lah kak. Serabut!"

"Hmm. . . Pakwe kamu tu belajar dekat mana sekarang?"

"Dia kerja dah"

"Oh. Ye ke? Kerja dekat mana?"

"Dia kerja supermarket je kak. Tapi dia baik sangat. Dia selalu bagi kita hadiah. And, dia sweet sangat. Kita sebenarnya bersyukur Allah temukan kita dengan dia. Sebab, dia selalu pujuk kita kalau kita tengah serabut"

"Oh. . . Ye ke? Sweet lah orangnya ni eh? Romantik?"

Dia senyum simpul, mengangguk dan mengiyakan.

"Mama kamu tahu tak pasal dia?"

"Mama tahu kita ada boyfriend. Haritu kantoi dengan Mama. Pastu kita kena marah dengan Mama. Bengang doh! Panas je hati"

"Lah. . . Mesti ada sebab Mama marah. Takkan Mama nak simply-simply marah kamu macam tu je. Kan? Kamu buat apa-apa eh?"

"Mana ada kitorang buat apa-apa. Kitorang lepak je. Mana ada buat apa-apa. Tiba-tiba Mama serang, suruh balik apa semua. Entah apa-apa entah. Mama tu yang paranoid sangat. Semua benda tak boleh. Eeeee! Rimas lah!"

"Masa tu Mama jumpa kamu dekat mana? Kamu lepak dekat mana?"

"Dekat lorong tepi rumah tu je. Bukannya pergi hotel ke apa! Entah apa-apa entah. Bengang doh!"

"Hotel? Kamu pernah pergi hotel ke?"

Dia geleng kepala. "Tak pernah. Haritu dia ada ajak. Tapi kita malas ah. Penat"

"Dia ajak? Siapa dia?"

"Boyfriend kita lah. Tapi time dia ajak tu kita tak sihat tu malas nak pergi"

"Kamu. . . sebelum hari yang kamu demam tu, pernah pergi hotel ke dengan dia?"

"Tak. Haritu first time dia ajak. Tapi kita tak sihat. So, tak jadi pergi"

"Oh. . ."

"Kakak, kakak pernah try?"

"Try? Try apa?"

"Alah. . . Try benda tu lah?"

"Benda tu apa dia?"

"Buat gitu-gitu. Isy. . . Kakak ni. . . . Slow lah"

"Haa? Kakak memang tak faham. Cuba kamu explain dekat kakak"

"Hmm. . . Kakak tahu ringan-ringan tak?"

"Ringan-ringan?"

"Haa. . .Ringan-ringan. . ."

Aku geleng perlahan sebab waktu tu memang aku tak tahu apa tu ringan-ringan.

"Alaaa. . . .Akak ni slow lah. Ringan-ringan, macam. . . kiss. . . peluk. . ."

Terkejutnya aku, ya Allah! 'Ringan-ringan, macam. . . kiss. . . peluk. . .' Rasa macam ada satu bukit hempap ata aku. Tak tahu waktu tu aku nak rasa malu ke, marah ke, sedih ke, kecewa ke. Sumpah! Semua benda bercampur aduk macam kau blend bawang dan cili dalam mesin pengisar. Waktu tu, pertama kali aku dengar dan tahu apa itu 'ringan-ringan'

Dia sengih.

"Kamu. . .pernah ringan-ringan ke?"

Dia cuma tersenyum simpul.

Allah! Luluh hati aku waktu tu.

"Tapi, setakat pegang tangan tu je lah. Dengan haritu dia kiss pipi kita. Tak lebih lah. Member kita lah. . .Advance. Dah hilang dah v. Bapak cepat doh!" (dia ketawa kecil)

"Hilang v?"

Dia mengangguk, mengiyakan. "Ramai je member kita yang dah tak ada dara"

Sekali lagi aku tertampar. Sumpah! Semacam ada benda hentam muka aku sekuatnya. Menakutkan!

     * * * * *

Ini, kebetulan Allah nak tunjuk dekat aku ada rupanya orang yang dekat dengan aku yang terjebak dengan penyakit sosial ni.

Yang aku tak kenal?

Allahu.

Hati kita, jiwa kita, akhlak kita, kehidupan kita. . . Masing-masing sakit.


No comments: