Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Thursday

Panjang sikit lah . mihmih

* 'mihmih' tu macam. . . 'hehe' . kot lah ada yang ter-tanya*
     - - - - - - -

Sumpah aku suka dia.

Aku suka tulisan dia, aku suka sudut pandang dia, aku suka cara dia.

Entah lah. Aku dapat rasa apa yang dia sampaikan tu terus ke hati.

Aku pernah lah dengar orang kata, kalau kita bicara dari hati akan sampai ke hati juga.

Dan, kalau orang hati-nya bersih akan lebih mudah nak sampaikan sesuatu pada orang.

Entah lah.

Aku rasa. . .hati dia ni bersih lah kot. Sebab mudah je tersampai kat aku.

Itu apa yang aku rasa lah. 

(hey, instinct aku ni kadang-kadang boleh pakai juga tau. kah! )

Wallahi.

       Aku suka tengok dia layan anak dia.

       Aku suka tengok dia mengambil ibrah dari sekeliling dia.

       Aku suka tengok dia sentiasa kaitkan kehidupan dia dengan Dia.

       Sungguh lah! Aku. . .kagum dengan dia.

Ahh! Cakap banyak pun tak guna.

Cuma nak kata, kali ni aku tak tahan. Nak share juga kata-kata dia.

Worth reading, I tell ya!

So, spare some time; read!

     * * *

lain orang, lain perkataannya.
.
"kejap lagi lah"
"5 minit lagi"
"abis cerita ni"
"time iklan nanti"
"sabar jap"
"taulah aku"
"kau jalan dulu"
.
banyak lagi. yang penting maknanya sama-- "nanti2".
.
dan bersekali dgn "nanti2" itu, kita pujuk hati kita dgn "takkanlah aku lupa" sambil yakin kita ada kesempatan masa untuk melakukan apa yang sepatutnya.
.
king of procrastination.
sultan dlm bab2 bertangguh.
.
tak kiralah dlm bab apa sekali pun. kije sekolah, kije pejabat, kije fardhu. segalanya. sebab kita kompiden kita sempat.
.
dan bila kita dah settle buat, kita paksa org buat sekali. sebab kita buat tidak cukup ikhlas. kita buat bukan sebab nak buat. kita buat sebab kena.
.
kita semua lebih kurang sama sifatnya dlm lebih kurang semua benda. sebab benda ni adalah karektor. bagaimana kita dgn life, begitulah kita dgn ibadah kita. sebab itu الله selalu cakap solat itu pendidik disiplin manusia.
.
how is our solat?
.
pangkal waktu? bermakna kita suka bersedia dan selesai.
sekadar wajib? bermakna hidup kita asal boleh.
berpelahan2? bermakna hidup kita cermat.
.
macam2 boleh dibaca tentang kita kalau kita perhati dengan halus bagaimana kita solat.
.
so to fix our character, we have to first fix our salah.
.
"apa yang mereka nantikan?.
tidak lain hanya datangnya malaikat mencabut nyawa-- atau datang tuhan-- atau petanda2 dari tuhan.
.
pada hari datangnya petanda tuhanmu, tidaklah lagi bermakna keimanan seseorang yang tidak beriman sebelum hari itu, kerana tidaklah dia berusaha ketika sepatutnya.
.
katakanlah pada mereka:
tunggulah sahaja.
sesungguhnya kami menunggu juga"
al-an'am:158.
.
allahu akbar. boleh bayang tak الله sendiri berpesan pada kita:
tunggu je lah. kita pun tunggu awak.
.
pergh.
.
sejenis terpulanglah. kau pikirlah sendiri. kau jawablah akhirat nanti. pesanan dah bagi. peringatan dah bagi.
.
kalau kau tetap nak pilih nanti2--
nak cakap apa lagi?
.
ya allahu rahman. betapa الله itu terpaling adil. laa ikraaha fiddin. tidak ada paksaan dalam agama ini.
.
kau nak--
buatlah.
kau tak nak--
takpe. tak payah.
.
cuma الله pesan, tak ada satu timbangan zarah pun perbuatan kita yg tidak diadilkan.
.
pertimbangan itu pasti;
kalau bukan skrg,
nanti2.


-Fynn Jamal, 25-05-2016.


No comments: