Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Saturday

Pagi tu, Lia imam. Doa dia usai Subuh, ringkas tapi padat. Cuma ada 3 benda je.

    i. doa buat ibu bapa

اللهم اغفر لنا ذنوبنا ولوالدينا وارحهم كما ربيانا صغيرا
'Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kami serta kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidik kami di masa kecil.'

    ii. doa tentang akidah

 ربنا هب لنا حقيقة الايمان بك حتى لا نخاف ولا نرجو غيرك ولا نعبد شيئا سواء
'Ya Allah, berikanlah kami iman kepadamu yg sebenar-benarnya., sehingga kami tidak merasa takut, mengharap dan menyembah selain darimu'

    iii. doa universal

 ربنآ ءاتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
'Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari seksa dan azab neraka'

Lepas tu dia suruh aku baca doa rabitah. Rindu katanya nak dengar suara aku baca doa. Ceh! Mem-bodek pandai betul budak kecil ni tau!

Habis baca doa semua, macam biasa. Salam, peluk, cium. Bezanya kali ni, Lia cium dahi aku. Serasa nyaman bila dia cium dahi aku. Macam. . . Mak atau nenek kau cium kau. Macam tu lah rasanya. Dan, pelukan kami lebih ketat dan lama. Masa peluk tu, Lia bisik, "Terima kasih. Aku sayang kau, lillahi taala."

Lia ni kenapa buat macam ni pula pagi ni. . . Hisy. . .Entah kenapa, hormon aku tiba-tiba tak stabil. Thyroid ni. . .tak reti behave pula dia waktu-waktu gini. (Kah! Perasan doktor pula!) Kan dah emo. Bergenang pula mata aku ni.

"Lia ni kenapa? Katok kang! Pagi-pagi nak buat orang emo"

Dia ketawa. "Katok ! Katok ! Hahahahaha"

"Tak payah nak gelakkan orang sangat lah makcik. Suka nau gelak kan orang"

"Lawak la hang sebut katok. Macam katak bunyinya, cuma pelat huruf belakang je", berderai dia ketawa membahan aku.

Aku julingkan mata je, malas nak layan dia.

Dengan telekung dia tu, dia selubungkan aku. "Anyonyo. . . Comel lah kau ni."

"Eh, makcik. Apa selubung-selubung ni"

Lia ketawa lagi.

Jeda dua saat.

"Tapi, aku serious. Terima kasih, tau"

"Tu je? Tony Roma's satu lah kak"

"Demand tau kau ni!"

Giliran aku pula ketawa. "Lia ada benda nak share ke apa? Selalu tak ada nak ber-sayang bagai. Geli lah apa lah. Cuba cerita"

"Apa. . . Owang nak express gratitude je. . .and apa yang owang rasherrr (baca: rasa). . ."

"Eleh. Ada benda lah tu. Spill. Cepat!"

Dia sengih. "Saja nak jadi cu-weeeet dengan tawan (baca: kawan) titew (baca: kita). Takkan tak boweh (baca: boleh) ?"

"Lia. Hodoh, Lia. Hodoh. Pelat pelat tu. Isy. . ."

Dia ketawa lagi. Pastu, dia tarik nafas dalam, hembus. "Weh, doa rabitah jangan tinggal eh"

"Hmm. . .kalau ingat"

"Mesti ingat, weh! Aku tak nak masuk-masuk syurga nanti jiran sebelah aku orang lain."

Geli hati pula aku dengar statement Lia ni. "Iyo lah. Tapi kalau lupa, nak di-apa-kan?"

"Isy. . .Untuk kau mandatori. Tak payah nak lupa bagai"

Lagi aku rasa kelakar dengan Lia ni. Serious betul dia pagi ni. Bersungguh suruh aku amalkan baca doa rabitah. "Yang awak serious sangat ni kenapa? Aduyaii. Pelik-pelik je lah Lia ni"

"Tak ada nya nak pelik. Hati kita kan Allah yang pegang. Boleh jadi hari ni kita saling sayang, tapi esok lusa benci lagi dahsyat impak dia dari Hiroshima yang kena bom. So, baca! Bagi Allah yang jaga. Okay?"

'Boleh jadi hari ni kita saling sayang, tapi esok lusa benci lagi dahsyat impak dia dari Hiroshima yang kena bom. So, baca! Bagi Allah yang jaga.'

'Insha-Allah, Lia. Inshaa-Allah', getus hati aku.

__________________________________
Disclaimer : dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya.

No comments: