Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Friday

amaran : akan ada percampuran bahasa

Dari tadi aku perhati je si Lia tu. TV terpasang, cerita Chuggington. Dah semangat apa pula lah yang dah rasuk si Lia ni pasang cerita kartun malam-malam. Selalu dia yang anti kartun. Heh.

"Aik? The child in you has awaken ke apa?"

Instead of jawab soalan aku, dia counter aku balik dengan soalan, "Macam mana exam tadi? Okay?"

Capai remote tv dan alih channel lain.

"Haih. . .Macam biasa. Gitu-gitu jah"

 Lia termenung balik. Aku perasan dia bukannya pasang telinga sangat dengan apa yang aku cakap. Entah apa dia fikir entah.

"Hang. . .aku rasa, aku tak payah tanya dah noh. Mesti buleh buat punya noh. Dok berteleku dalam bilik tak keluaq-keluaq waktu exam ni. Nak jadi penunggu bilik ka apa"

"Tak payah nak cakap utara sangat, boleh? Huduh babe"

(ketawa) "Amboi. . .kutuk orang. . . " Coklat bar yang ada kat tangan aku, aku hulur pada dia "Nak?"

Dia geleng perlahan. Giliran dia pula hulurkan telefon bimbit dia pada aku "Bacalah". Lia tunjuk mesej bakal tunang dia.

Si Lelaki (SL) : Awak, I know you're gonna be mad. Tapi... Saya nak minta maaf sangat-sangat. Saya terpaksa batalkan majlis pertunangan kita. It's for our own sake. Demi kemaslahatan kita bersama, saya terpaksa ambil keputusan ni. Saya betul-betul minta maaf. I know I shouldn't have done this. Mungkin, ini keputusan yang terbaik. InsyaAllah awak akan jumpa orang yang lebih baik. Maafkan saya, awak. I hope we're still friends lepas ni. 
Lia : And, the reason is? 
SL : Awak, like I said... It's for our own sake. Saya rasa... kita tak akan mampu nak harungi hidup bersama. Dan, saya tak nak benda ni pergi terlalu jauh sebelum buat keputusan yang sepatutnya. 
Lia : Please read word by word, I ask you: the REASON.
SL : Awak... Sorry. Hmm... Saya rasa, kita tak sekufu. Maaf, awak. Bukan maksud saya dari segi harta dan kemewahan. Cuma... Jiwa awak dengan jiwa saya... we are not on the same track. Saya minta maaf. Moga Allah pertemukan awak dengan someone that suits you better. I'm sorry.

Aku, tergamam baca mesej tu. Tak tahu nak kata apa, cuma mampu peluk Lia lepas baca mesej tu.

Aku perasan, mata Lia mula merah. Siapa tak sedih bila tinggal lagi sebulan setengah je nak bertunang tiba-tiba dapat mesej macam tu. Siapa tak terkejut. Siapa tak sakit hati.

Lia tarik nafas dalam; dia cuba tenangkan diri dia, dia cuba tahan tangis dia.

"Lia. . .I'm sorry" Sumpah, aku tak tahu nak cakap apa. Aku noob gila bab-bab tenangkan orang ni.

Lia seka air mata yang bergenang.

Aku gosok belakang badan dia. I'm lost of words. Jujur, aku masih terpaku dengan apa yang aku baca. Aku tak tahu apa patut aku buat untuk Lia waktu tu.

Sekali lagi, Lia tarik nafas dalam dan hembus. "Nasib baik sebulan, kan?" Dia senyum dalam kepahitan. "Kalau seminggu? Sehari?" Kali ni, Lia cuba paksa diri dia untuk ketawa. "Hmm. . . Mudah rupanya putus tunang ni"

"Lia, it's okay to let things out; it's okay to cry."

"Kau saja kan nak macho aku ter-renggut." Lepas Lia sebut je perkataan "renggut" tu, kami terus saling berpandangan. Dan, masing-masing ter-hambur ketawa. "Hambik kau! Renggut, aku guna. Kau hado?" Lia masih cuba nak bergurau. Allah. Entah diperbuat dengan apa lah budak ni. Heh. Waktu macam ni pun masih nak bergurau. Hailaa Lia oii~

"Nah, ambil ni. Lap hingus tu. Aku yang di-reject kau pula yang sedih. Kau ni dah kenapa?" Lia hulurkan sapu tangan dia.

"Ahh. Tak nak orang. Dah puas hembus hingus kat sapu tangan tu nak bagi ke kita pula. Choi!"

Lia ketawa dengar statement aku. "Baru sisterhood. Kau ni. . . Tak semangat setia kawan betul lah"

"Sisterhood tak sisterhood. Jangan nak ajar orang jadi pengotor boleh dak?"

Lia ketawa lagi. "Weh, belanja aku ice cream. Puweaseee. . . Pastu kita belajar lah tamwilat islamiah  muamalat maaliyah wal masarif islamiah sama-sama. Eh Eh. . ."

"Ice cream apa awok ni? Sekarang dah pukul berapa?"

"Alaa. . . 7e kan ada. . ."



______________________
Disclaimer : dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. 

No comments: