Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Wednesday

Sadaqah

i.

"Kakak, Babah belum bayar lagi payment bulan ni."

"Oh. . . okay. Hmm. . . Kalau ikut, kena bank in awal bulan kan,  Bah?"

"A'ah. Babah tak ada duit nak bank in. Kakak tahu kan income bergantung pada tu semata. Nilai duit merosot, tu payah sikit. Whatmore,  kebelakangan ni pula banyak keluar duit-nya"

(tunduk, malu -sebab tak mampu nak ringankan beban bapak untuk langsaikan tanggungjawab)

ii.

"Kakak,  harini tak tahu nak masak apa"

"Kat rumah ada apa?"

"Tak ada apa. Ada telur tinggal berapa biji je ni haa"

"Oh. . . Buat sambal boleh. No worries."


-------

Ustaz Hidayat selalu pesan, 
       andai punya kesulitan, sedekah-lah.
       andai punya hajat,  sedekah-lah.
       andai mahu penyembuhan,  sedekah-lah.

Ustaz kata. . . setiap apa yang kita sedekah tu, Allah ganti dengan sepuluh kali ganda lebih baik.

(senyum segaris)

Bukan tak percaya. Percaya. Cuma,  kadang hati terbit ragu juga.

(tarik nafas dalam,  hembus)

Allah, 
   
   Maha Kaya,  Maha Mengetahui,  Maha Adil.

Perlahan-perlahan Dia tunjuk hasil.

Perlahan-perlahan Dia beri kemudahan.

Allahu~ *fa bi ayyi alaa i rabbikuma tukaziban*

(Senyum) 

Satu je nak kongsi, saat Tuhan tengah uji kau,  bersabarlah dan tunjukkan pada Tuhan yang kau mampu jadi hamba Dia.

   Andai Dia uji kau dengan kesulitan wang, bersedekahlah.
        karna,  saat kau sedekah kau buktikan bahawa kau percaya rezeki itu milik-Nya.
   Andai Dia uji kau dengan perangai orang,  bersabarlah.
        karna, saat kau bersabar kau buktikan kau raikan apa yang Nabi ajar.
   Andai Dia uji kau dengan kesihatan,  berdoalah.
        karna,  saat kau berdoa kau buktikan bahawa kau percaya dengan kemustajaban doa kau.

Percayalah pada Tuhan.

Dia Maha Mengetahui.

No comments: