Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Monday

Angan-angan

(menunjuk satu posting Facebook melalui telefon pintarnya)"Awak tengok ni! Siapa sangka si jutawan boleh sacrifice waktu dan kemewahan just untuk bersihkan masjid di Mekah. Allahuakbar. Hebat kan?"

(mata mula berair)

"Allah.. Allah.. Ni dah kenapa? Tak semena-mena nak nangis pula ni"

(senyum segaris) "Sorry... Saya kuat cemburu: Tetibe tak boleh kawal pula. Heh."

(garu kepala yang tak gatal) "Err.. Cemburu sebab apa eh? Kalau cemburu nangis eh?"

(ketawa nipis) "Cemburu dengan orang yang Allah beri peluang untuk dapatkan pahala berganda. Heh. Lepas tu,  terbanding dengan diri sendiri yang amal entah mana. Tu tak boleh tahan tu" (cuba cover malu dengan ketawa)

         ----------

Mama selalu bilang,

 'tak salah berangan; kadang,  sesuatu itu terjadi kerana angan-angan'

(pandang langit,  senyum segaris)

Mudah-mudahan angan-angan kita itu sesuatu yang pemangkin bagi sesuatu yang membuat kita tersenyum simpul di sana kelak.

No comments: