Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Friday

Syadid.

"Awak,  kenapa syadid sangat?"

"Haa?"

(Rolls eyes) "Awak ni.. Dengan kawan pun taknak bertegur... tu orang label sombong. Cuba senyum sikit"

(Blur) "Jap.. Jap... Ni nak cakap pasal apa sebenarnya ni?"

"Tak ada lah.. Awak ni... Orang tahu lah dia lelaki tapi apa salahnya tegur? Bukan nya cakap dekat secluded places."

"Ahh.. Nak cakap pasal ajnabi lah ni. Meh cerita meh. Awak nak cakap pasal siapa sebenarnya? Kita dengar..."

"Eh eh awak ni. Kona kot lain pula. Orang cakap pasal dia dia alih ke kita pula"

"Hmm.. Tak ada lah. Kita ingat awak ada nak luah something"

(Dia memicit kedua pipi temannya) "Hmmm.. Geram! Ni... Cuba... Senyum sikit.. Friendly sikit.. Haaa~ Baru orang suka. Baru orang tak takut masuk line"

"Sakit lah awak" (Menggosok-gosok pipinya yang dicubit menahan kesakitan; merah juga lah pipi tembam dia dibuatnya) "Hmm... Kalau ramah nanti tersuka pula. Kesian pula kat suami kita tersuka orang lain"

"Ada je nak menjawab kan? Awak ni... Apa tah nak syadid sangat pun kita tak tahu. Muamalah biasa dalam kelas rasa tak perlu kot macam tu wak"

(Senyum segaris) "Tak apa lah awak. Bimbang nangis lagi macam dulu"

"Nangis?"

Jeda 3 saat.

(Senyum) "Nanti kita cerita kat awak eh..."

No comments: