Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Sunday

Nama Allah itu sendiri, punya kekuatan yang luar biasa.

Hah! Satu kelas jadi saksi badan siapa ada 'dia'. 

Live!

Aiyyokkk~

-------

Pagi tu, kelas berlangsung seperti minggu-minggu sebelumnya -masih lagi membincangkan bab akidah: syahadatan.

"Makna أشهد أن لا اله الا الله : aku mengetahui, meyakini dan mengakui (dengan ucapan) bahwa tidak ada yang disembah dengan hak (benar) kecuali Allah," ujar Ustaz.

Masing-masing khusyuk menanti penjelasan Ustaz yang seterusnya.

"Maksudnya di sini,hanya Allah yang layak disembah. Tiada Tuhan yang patut kita sembah selain daripada Allah. Solat lima waktu yang kita buat tu, untuk Allah -untuk kita sembah Allah semata-mata," tambah Ustaz. "Tapi, bukan kita je kan sembahyang untuk menunjukkan Tuhan kita itu esa. Orang yang berpegang dengan agama lain, pun sembahyang juga, kan? Tapi, dengan cara diorang lah dan kefahaman diorang."

"A'ah, Ustaz! Betul tu! Diorang ni pun, ada waktu-waktu sembahyang macam kita juga.. Kadang tu, Maghrib kita, diorang pun Maghrib juga. Kalau kita ada azan untuk solat, azan diorang pulak dengan bunyi loceng. Kling!~ Kling!~ Kling!~", seorang pelajar berkongsi pengalaman diadengan jiran bukan Islam.

Ustaz tersenyum dan mengangguk, "Kadang tu, diorang punya Subuh lagi awal dari Subuh kita, ya dak?"

Pelajar tadi mengangguk bersetuju.

Ustaz tersenyum lagi sebelum menyambung, "Itulah. kita ada azan. Diorang pun ada 'azan' -dengan bunyi loceng tu lah. Kita punya lah dok ingat ada motor ice-cream datang, rupanya orang sebelah sembahyang, daa~"

Seluruh kelas ketawa mendengar seloroh Ustaz.

"Tapi, kita jangan dengar sangat ya. Ya lah, bila diorang ni sembahyang, ada dibacanya bacaan sembahyang diorang. Kadang tu, dengan muzik sekali. Kemenyan dibakar lah, colok dibakar lah. Jangan ketawa-ketawa sangat ya. Sebab benda-benda ni kadang ada penarik"

'Penarik?' Masing-masing terus focus dengan apa yang bakal Ustaz katakan.

"Ya lah... Macam colok tu, kan mengeluarkan asap. Lepas tu, dia ada bau-bauan kan.. Dan, bacaannya pun kita tak tahu apa benda. Macam pengalaman saya sendiri lah. Jiran saya dulu, non-muslim. Bila dia sembahyang tu, dia buat lah macam yang cakap tu. Asap pun, masuk lah juga ke rumah kita kan. Berjiran namanya... Lepas tu, orang rumah saya tegur, 'Hmmm... Sedapnya bau' Ahh, sudah! Padahal masa tu, kita bau busuk kan. Dia boleh pula kata sedap bau asap tu"

Mata masing-masing buntang mendengar cerita Ustaz. Biasalah, bila ada unsur mistik sikit mulalah tegakbadan masing-masing (kadang, bulu-bulu pun tegak sama -bimbang 'dia' ada dekat sebelah. hihi)

"Lepas tu, saya pun ambil lah minyak wangi letak kat hidung dia bagi bau. Dia boleh lap minyak wangi tu, tolak-tolak tangan saya. Katanya, 'isyy.. apa benda ni! Busuk lahhh!' Ahh, ni sah lah ni. Saya pun, usahalah buang benda tu dari orang rumah saya. Penat tau sebenarnya. Kadang, sampai kita tak boleh pergi mengajar. Sekarang, alhamdulillah pindah dekat kawasan kejiranan Islam," sambung Ustaz "Kadang-kadang tu, saya tengok diorang ni macam ada simbol. Macam tangkal gitu. Hati-hati ya benda ni, takut kita terjebak nanti kita percaya pada tangkal jatuh syirik tau"

"Simbol diorang kadang yang macam bentul zigzag tu kan Ustaz?", tanya seorang pelajar.

Ustaz mengangguk perlahan, "Hmm.. Bermacam lah ada. Dalam Islam pun, sebenarnya ada hirz ni. Tau tak hirz tu apa?"

Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng.

"Hirz ni macam pelindung. Ada bacaan ayat Al-Quran. Sekejap saya pergi ambil contoh" Ustaz pergi ke pejabat beliau dan ambil satu Hirz. Kecil je size-nya.

"Haa. Gini ha hirz tu. Dekat atas ni, ada nama-nama Allah dan ayat Quran serta nama Nabi dan malaikat. Dalam Islam, dibolehkan buat hirz, tapi akidah harus mantap yang semuanya dibawah kekuasaan Allah. Tiada sesuatu apa pun yang  berlaku tanpa izin Allah"

Setiap pelajar diberi peluang untuk memegang dan melihat sendiri hirz yang Ustaz katakan.

"Dan, hirz ni juga, lazimnya boleh kesan kalau dalam badan kita ada yang damping," kata Ustaz lagi.

"Haa? Serious Ustaz? Boleh kesan jin ada dalam badan kita?" salah seorang pelajar yang berusia dalam pertengahan 30-an kelihatan teruja.

Ustaz tersenyum dan mengangguk, "Hmm.. Selalunya, sesiapa yang ada pendamping dalam badan dia akan ada tindak balas masa pegang. Sama ada dia panas, atau sakit atau adalah tindak balasnya. Akak cubalah. Check kot ada," usik Ustaz.

"Alaa. Tapi, cuak juga sebenarnya Ustaz. Macam mana kalau ada? Eeee... Takut lah" pelajar itu menyatakan kebimbangannya.

"Akak cuba pegang, tengok.. Tak apa. Pegang aje" kata Ustaz.

Hirz itu kemudiannya diberikan kepada pelajar tersebut. Tiada reaksi aneh yang berlaku kepada pelajar tersebut. 'Alhamdulillah, tak ada apa-apa"

Hirz itu kemudiannya bertukar tangan. Kali ini, hirz itu dipegang dan cuba dibaca tulisannya. Tapi, tidak sampai seminit. Badan pelajar itu menggigil. Getaran itu menjadi semakin kuat saat dia semakin lama memegang hirz tersebut. "Tolong.. Tolong ambil" kata pelajar tersebut pada rakan sebelahnya.

Biar hirz itu sudah beralih tangan, tangan seluruh bdan pelajar tadi masih menggigil -dari kepala hinggan ke kaki. Tapi, paling ketara di tangan. Matanya mula bergenang.

Ustaz perasan keadaan itu, "Eh, okay tak ni? Cuba sebut dalam hati 'Allah' 'Allah' 'Allah' "

Kata-kata Ustaz itu dituruti, tapi tiada perubahan pada diri pelajar tersebut. Badannya masih terus menggigil.

Rakan sebelah pelajar tersebut berubah riak muanya. Panik mungkin melihat kejadian itu di depan matanya sendiri.

"Relaks... Cuba selawat. Tenangkan hati. Selawat," ujar Ustaz lagi.

Rakan sebelah pelajar tersebut masih dalam kegusaran, "Selawat. Cepat! Selawat!," ujar rakan sebelah pelajar tersebut.

Hanya lebih kurang 10 minit, baru reda sedikit gigilannya.

"Hmm.. Dalam badan awak ni ada benda sebenarnya. Sebelum ni pernah mimpi budak ke?"

Pelajar itu mengganguk lantas menjawab, "Ada lah juga. Budak ramai... Keliling saya"

Ustaz itu ketawa nipis sambil menggelengkan kepala. "Allah~"

"Kenapa ustaz?"

"Takut dekat dalam tu memang ada banyak sebenarnya"

[+-1748/14370107H;PPIRS9_RL]

No comments: