Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Thursday

Bapak

Abstrak  
Si Adik dah besar. Dah cari kerja untuk isi waktu terluang. Satu hari tu, dia ajak aku buka account bank untuk memudahkan urusan bayaran gaji. 

Babah; Adik; Aku


"Adik, I/C jangan lupa bawa pula"

"Okay, siap!"

"Jom"

"Jap, kakak. Gambar kena bawa tak?"

"Tak payah."

"Eh.... Kena bawa lah! Apa pula tak bawa gambar", Bapak menyampuk.

"Tengok, kakak! Kena bawa lah. Hishh." (dia ingat aku saja main-main, agaknya)

Dalam hati, 'sejak bila pula bank minta gambar bagai nak buka account ni?'

"Adik kena bawa gambar Agong, kalau tak cukup tak boleh buka account"

"Gambar Agong? Gambar yang macam mana? Mana Adik nak dapat gambar Agong? Google boleh?"

Aku yang dengar, ketawa separuh mati menengok Adik aku mengelabah. Hadoilaaa Adik oii~ "Adik, Babah maksudkan duit lahhhhh"

No comments: