Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Friday

Untuk bonda ayahanda.

"Kakak, kakak habis bulan berapa?"

"Hmm... Inshaa-Allah dalam bulan 6"

"Bulan 6? Hmm..." (mula buat pengiraan) "Laa! Lebih kurang 6 bulan je lagi?" (muka gembira) "Seronoknya! Seronoknya!"

"Hmm.. Tapi, kakak tak nak start terus. Kakak nak ber'hibernasi' dulu"

Senyum. "Tak apa lah. Tapi, lagi 6 bulan kan? Heee! Seronoknyaaa!" (joget-joget)

"Hmm... Ma, nak cakap something dengan Mama"

"Apa dia? Nak kahwin?"

"Ma...."

"Haa. Apa dia nya?"

"Impian kakak ke arah lain sebenarnya. Kakak kan pernah cakap dengan Mama, kakak kalau boleh nak buat in-house je"

"Hmm.. Tak apalah kalau nak in-house sekalipun. Tapi, tak salah kan habiskan semua sekali harung?"

Tunduk.

"Sikit je lagi kakak. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. At least, kakak ada cert. Nak practise atau tidak itu belakang kira."

"Hmm.. Okay"


No comments: