Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Friday

Tuhan jemput dia dulu.

"Kamu, cuba bagi tips sikit."

"Dekat sana, enjoy yourself. Dekat sana seronok sangat sangat. Just enjoy yourself"

Yang lain memandang dengan muka blank -'enjoy yourself'' ?

'Dia pergi nak beribadah, bukan nak ber-suka suki. Merepek apa Nur ni?', aku sangka mereka bermonolog dalam hati.

Hah!

×××

'Enjoy yourself'

Serious, tak tipu!

Kalau kau tanya aku, dekat sana kau bersuka ria riang gembira lah sepuasnya.

Bukan ke dating dengan Tuhan itu saat yang paling kau rasa terhibur?

Apatah lagi bila kau berada di bumi jasad manusia paling Tuhan cintai ada.

Dan juga di bumi Tuhan janjikan keberkatannya.

Sungguh!

Pasanglah niat ke sana; untuk kau rasa seronok itu.

Cuma, jangan pula kau alihkan kepercayaan kau yang memberi segala ada Tuhan.

Yang memakbulkan segala adalah Tuhan.

Yang berkuasa atas segala adalah Tuhan.

Dan bukannya tempat.

Moga Tuhan terima dia dengan sebaik-baik penerimaan.

_________________________________
Sollu ^ala An-Nabiy~

No comments: