Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Saturday

Dia

____________________________________________________________________
Fact :

Anti-social behaviour is behaviour that lacks consideration for others and may cause damage to the society, whether intentionally or through negligence. This is opposed to pro-social behaviour, which is behaviour that helps or benefits the society.

source : wikipedia
____________________________________________________________________

Prolog: Anti-soc


"Weh, esok IOI jom! Dengan Fairuz and the gang"

Dia diam, menundukkan muka ke bumi. "Hmm.. Tak apa lah. I don't feel like going"

"Jom lah. Kau ni. Tiap kali orang ajak, tak nak ikut. Semua nak sendiri-sendiri, tak nak bergaul. Mana boleh macam tu! Orang cop sombong doh nanti!"

Dia hanya senyum segaris. "Tak apalah weh. Aku tak ikut kot"

"Haa! Ini lah kau! Tak pernah nak ubah! Ni lah dia! Perangai buruk kau! Anti-soc! Kau tau tak, orang semua mengata kau kata kau lone-ranger, sombong, pilih bulu... Ni, aku ajak kau untuk clear kan nama kau tapi kau tak nak pula. Kadang, aku tak faham lah dengan kau ni..! Buang perangai buruk kau tu tak boleh ke?"

"One's behaviour does not develop in a day, you know. So, don't expect it to vanish in seconds."

"Ah! Itu semua alasan. Untuk tutup kesalahan, kan? Untuk lengah masa nak ubah, kan? Untuk sentiasa ada dalam comfort zone, kan?" Akmal tarik nafas dalam, "Kenapa tak boleh nak ubah? Silap. Kenapa tak nak berubah? Hitam sangat dah ke hati tu? Pakai clorox se-tong pun masih tak reti nak ubah? Kenapa?"

Dia tunduk. Sentapnya waktu tu, Allah je yang tahu.

"Of course change doesn't happen overnight. But, it won't happen without effort too, kan? Berapa kali lagi perlu sumbat dalam otak yang change does not rolls in the wheels of inevitability? It comes through continuous struggle! Faham tak? Continuous struggle! You should've straighten your back and work for your freedom! Make the effort. Tak boleh ke?"

Suara keluhan dia -biarpun perlahan- dapat kedengaran oleh Akmal.

"Dah mengeluh pula. Weh, stop gazing at the stars and hoping for miracle to come, boleh tak? Make a change then experience the miracle. Faham? Nobody said it was easy, but ease comes after hardship, kan?"

'Eh, eh dia ni. Banyak cakap pula', getus hati dia. Kata-kata Akmal tu memang makan dalam. 'Ni lah sebab aku tak nak rapat dengan orang. Kalau rapat, nanti orang bash aku balik' Dalam diam, hati dia mula menangis dapat teguran tanpa lapik tu.

"Bukan aku tak cuba. Aku dah cuba, kan.? Banyak kali. Tapi, tak boleh. Tak pernah pun berjaya. Sebab tu, aku resort untuk jadi siapa aku sekarang. Tak salah, kan?? Aku bukannya menyusahkan hidup orang lain pun..." Dia cuba nak defend diri dia.

Akmal tenung muka dia. Entah macam mana lagi nak bagi semangat dekat kawan dia seorang ni. Cakap cara lembut dah, bagi perumpamaan pun dah. Kalau cara ni tak berkesan, mati akal Akmal memikirkan nak buat macam mana lagi untuk tolong kawan dia keluar dari pupa anti-soc dia tu.

"Please. Stop being selfishly selfish, boleh? Jangan self-centered sangat. Jangan asyik nak buat hal sendiri. Masalah umat lagi banyak nak fikir. Bukan kau kata kau rindu Nabi? Kau nak Islam jadi ustadzi'atul alam? Cuba tengok kau sekarang, fikir masalah diri tak habis-habis. Tolong? Ubah lah weh.... Lagipun, buat apa Allah cipta orang lain kalau nak hidup sendiri je?"

Dia baru nak buka mulut, Akmal cepat-cepat cantas kata-kata dia sebelum sempat keluar, "Apa? Nak bagi alasan lagi? Cukup! Allah tak cipta manusia untuk hidup sorang-sorang. Engkau sendiri dah faqih dah dengan ayat Allah dalam surah Al-Hujuraat ayat 13. Allah tak cipta manusia untuk hidup memilih-milih. Allah tak suruh manusia hidup double standard. Faham tak? Allah cipta manusia tu sama je. Yang nak mendouble standard-kan tu Dia - saat Dia pelawa kau masuk syurga atau lempar kau dalam neraka. Kau tahu tak bila kau buat macam ni, kau macam terima sebahagian je wahyu yang diturunkan kepada Muhammad SAW dan sebahagian lagi, yang tak ikut kepala kau, kau campak tepi"

Kata-kata terakhir Akmal tu boleh ibarat macam dia kena tembak dengan shortgun dekat dahi dari jarak 0.5m. Waktu tu, dia tak tahu nak react macam mana. Sakit hati, malu, bengang... Semua ada. Last-last dia yang kononnya hati kering, tak nak menangis, menangis juga -depan Akmal.

'Allah. Pedihnya. Allah... Tolong, please... Bukannya aku tak nak berubah, tak pernah berniat pun nak jadi lone ranger ke apa ke... Tapi.... Susah, ya Allah. Susah sangat. Maybe this is what people say, the chain of habit is too light to be felt until it is too heavy to be broken. Allah. ' Dia bermonolog. Air mata yang terbit di hujung mata, dia seka. 

"Aku minta maaf" ujar dia ringkas. Dia bangun dari tempat duduk. "Terima kasih, anyway. May Allah grant you with abundance of blessings and maghfirah" Dia bangun, ingin melangkah pergi meninggalkan Akmal.

Belum sempat kawan dia melangkah pergi, Akmal capai lengan kawan dia. Wajah Akmal, tepat menala ke wajah dia. Dia, hanya tunduk.

"Aku bukan nak marah kau. Demi Allah, aku sayang kau. Aku cakap ni pun demi kebaikan kau."

Dia, diam membisu. Mata dia masih mengalirkan butiran air mata. Terlalu pedih untuk dia hadam kata-kata Akmal.

"Cuba kau fikir, kenapa Allah ciptakan manusia ber-akal? Kenapa Allah turunkan ayat Quran, "tidakkah kamu memikirkannya?" "Adakah sama orang yang berfikir dengan tidak" ? Not to mention, Allah kata: "Tidaklah seseorang itu berputus asa melainkan dia ada sesat" Nampak tak? You just need to double the effort. Allah tak tengok pada result, kan? Allah tengok pada effort" Dia cuba memujuk.

Badan dia terhenjut-henjut menangis dek teguran Akmal. Akmal menarik badan kawan dia rapat ke badannya. Akmal peluk kawan dia...erat. Dan, Akmal bisikkan ke telinga kawan dia, "Demi Allah, aku tak buat semua ni melainkan aku nak kau jadi jiran aku dekat syurga nanti"

Dalam hati dia bermonolog, 'Kau tak tahu apa-apa Akmal. You know nothing' Dia lap air mata dia yang membasahi pipi. Kedua tangan dia, menolak badan Akmal meleraikan dakapan Akmal dari dia. "If you don't mind, can I have my 'me-time' ? I need it badly."

Akmal hanya memandang muka dia dengan padangan kosong.

Dia, bangun dan melangkah pergi dari Akmal tanpa menoleh walau sekali ke arah Akmal.

No comments: