Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Tuesday

Selamat kembali ke sekolah, kawan-kawan!

Kisah Kakak Pendek (source: Imanimex)

"...hanya yang pendek memahami si pendek." -Imanimex


-------

Flashback

      Waktu cuti, semangat-un nak menjadi produktif (konon). So, daftar masuk kelas menjahit -dengan harapan adalah sikit ciri perempuan Melayu dulu-dulu. Kah!

      Satu hari tu pergi kelas awal sikit dari selalu sebab ada urusan yang perlu dibuat pada waktu kelas biasa. Dengan hati yang riang dan gembira, pagi tu bangun pagi gosok gigi guna kodomo lion. (Okay, tak. Toothpaste aku bukan kodomo lion)

      Dipendekkan cerita, dalam perjalanan nak ke kelas tu (dengan hati yang berbunga dan muka yang ber'cahaya') dari jauh nampak lah ada seorang makcik ni tengah dukung budak. Disebabkan hati senang hari tu, nak jadi ramah lah kononnya. Niat dalam hati, nak tegur makcik tu dulu dan senyum dengan gigi bersinar dan mata bercahaya. Woha!

      Jadi-nya... Aku pun jalan... Dan jalan... Dan jalan menghampiri makcik tu. Sampai dekat sikit dengan makcik tu, tak sempat nak bagi salam, makcik tu buka mulut dulu:

     "Dik, buat apa kat sini?"

     (lagi sekali, baru buka mulut nak jawab, dia sambung terus) "Tak pergi sekolah ke? Ponteng?" (dia cakap dengan nada seorang cikgu disiplin)

     Mata makcik tu, siap jelingan maut lagi. Perghh! (ketaq juga lah lutut ni)

     "Haa?! Haa?!" (kening-kening dia terangkat-angkat menanya) "Pasai pa tak pi sekolah, hah?!" dia fire lagi.

      Aku macam...terkelu kejap. "Err... Makcik.... Saya dah habis sekolah" Aku cakap dengan harapan boleh men'jernih'kan keadaan.

      Dia pandang atas bawah, tengok aku yang pakai tudung bawal hitam, t-shirt, track bottom dan beg sandang -muka tak percaya ada, tak puas hati ada.

     "Hmm... Saya, belajar kat U dah makcik." Dalam hati, 'Makcik... Betul... Saya tak tipu....' Aku sambung, "Sekarang kami tengah cuti..." Waktu tu sungguh-sungguh tunjuk muka jujur.

      Dia diam lepas tu angkat kaki masuk rumah.

      Aku; terbungkam dan teruskan perjalanan ke kelas.

      Heh.

      Balik kelas, konon nak luah perasaan; cerita dekat mak. Mak pun ketawa terkekek-kekek siap bahan aku lagi. Ceh!

      Sejak haritu, aku tak ada dah nak seronok sangat orang ingat aku muda. Heh. Dan sejak haritu juga aku faham perasaan orang yang lagi rendah dari aku -yang sebenarnya tak adalah lah seronok sangat  bila orang ingat kita muda. Hah!



_________________________
p/s: 281136H, selamat kembali ke sekolah, kawan-kawan! (:
pp/s: Oh ya, aku lagi tinggi dari ilustrasi tu dan aku rasa tinggi aku normal sebenarnya bagi penduduk Asia. Sungguh! Tapi, still kena label pendek. Heh~

No comments: