Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Saturday

Adab Sebelum Ilmu

.:Adab Sebelum Ilmu:.

Berkata ibu kepada Al Imam Malik bin Anas tatkala memakaikan anaknya dengan serban dan menyuruhnya agar pergi ke majlis Rabiah bin Abdul Rahman;
اجلس مع ربيعة، و خذ من أدبه و وقاره و خشوعه قبل أن تأخذ من علمه
''Belajarlah kamu daripada Rabiah dan teladanilah budi pekertinya, ketenangannya dan kekhusyukannya sebelum kamu mengambil ilmu daripadanya.''
-الديباج المذهب 1/20-
Adab itu dipelajari sebelum dipelajarinya ilmu.
Tanpa adab pada diri maka sia sialah ilmu tersebut.
Kata Al Imam Ibn Mubarak;
نحن إلى قليل من الأدَب أحوجُ منا إلى كثيرٍ من العلم
''Kita lebih memerlukan adab yang sedikit daripada ilmu yang banyak (tanpa adab)''
-مدارج السالكين -
Ketiadaan adab ketika menuntut ilmu ialah penyebab kepada
datangnya perasaan malas, bosan dan lemah dalam menuntut ilmu.
Bertambah buruk lagi jika ilmu diperoleh tetapi hati semakin keras dan bertambah jauh daripada Allah.
Kata Sheikh Muhammad bin Muhammad Al Mukhtar As Syanqiti dalam wasiat beliau kepada penuntut ilmu;
و الذي جعل بعض طلبة العلم يسأمون و يملون من طول الزمان في الطلب، هو أنهم يحملون العلم أحمالا على ظهورهم دون استشعار روحه و أدبه، فتجد طالب العلم يجمع الأقوال في المسألة و المناقشات، و يشتغل بها اشتغالا جامدا يقسي القلب
''dan apa yang menjadikan sebahagian penuntut ilmu menjadi bosan dan jemu daripada panjangnya tempoh dalam belajar adalah kerana mereka mempelajari ilmu tanpa penghayatan kepada ruhnya dan adabnya. Maka kamu mendapati penuntut ilmu dia mengumpulkan pendapat dalam masalah dan perbincangan, dan sibuk dengan kesibukan beku yang mengeraskan hati.''
Seterusnya Sheikh menceritakan kehilangan adab dalam kalangan penuntut ilmu:
أيها الأحبة في الله، لقد تغيرت تلك الرياض الطيبة، وتغيرت تلك المجالس النيرة، التي كانت عامرة بالآدب و الأخلاق، تغيرت بتلك الأخلاق الرديئة، تغيرت فأظلمت من بعد ضيائه، وتنكدت الأفدام في الدروب، و حادت عن علام الغيوب، لما فتنت بهذه المحنة العظيمة، وبليت الأمة في هذا العصر بدأ الغرور، فسب السلف الصالح و امتهنت كرامتهم، و أصبح العلماء يكابدون و يجاهدون من العناء و البلاء ما لا يشكى إلا إلى الله و حده عز و جل
''Wahai yang dikasihi kerana Allah, sesungguhnya telah berubah majlis yang mewangi itu dan telah berubah majlis yang bersinar itu, yang suatu masa dahulu dipenuhi dengan adab dan akhlak. Semua ini telah berubah kerana akhlak akhlak yang buruk itu. Telah berubah dan menjadi gelap setelah sinarannya, telah menjadi berat kaki di atas jalan itu (menuntut ilmu) dan telah menyimpang daripada ِAllah swt. Umat ini telah diuji dengan zahir yang mengelirukan, maka dicela salafus soleh, dihina kemuliaan mereka (kerana kehilangan adab). Maka ulama telah menanggung dan berjuang daripada susah payah dan ujian pada apa yang tidak diketahui melainkan oleh Allah SWT.''
-معالم تربوية لطالبي أسنى الولايات الشرعية-
Semoga semester baru yang bakal tiba dan tahun tahun pengajian yang seterusnya kita dapat membaiki lagi adab adab dengan kesemua guru guru kita.

-Fakhri Fadzil

_________________________
p/s: yuk khatamkan kitab adabul mufrad. ^^,

No comments: