Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Wednesday

"Pejam mata, amati dan minta sungguh-sungguh," Husnati.

Pernah tak kadang-kadang hati jadi,
    sedih tiba-tiba;
    nak nangis tiba-tiba;
    merajuk tiba-tiba...
Padahal tak ada sebab kukuh pun.

Hati kita cuma...
    Menangis...dalam diam.
Tarik nafas dalam, hembus.

    'Cuba fahami keperluan aku sekali ini, please.?' monolog hati.

Pandang telekung dan sejadah.

Mungkin, hati rindu nak borak dengan Allah.

)':

------- 
Seorang ada masalah sangat besar dalam hidupnya. Masalah rumahtangga dan kesempitan hidup. Kesedihan melanda macam nak pecah kepala. Tak nampak jalan keluar. Dunia luas rasa macam sempit. Kabur sahaja pandangan..berbual pun macam tak sedar. Semua rasa gelap jer..nasihat orang semua sekali lalu jer..tetap buntu. Semua usaha telah diusahakan dan difikirkan. 
Seminggu setiap malam berturut-turut buat solat tahajud. Solat taubat dan doa. Menangis dan menangis. Siang solat Dhuha 6 rakaat. Jaga solat awal waktu. Baca yassin setiap pagi. Selepas seminggu secara tiba-tiba Allah telah bukakan jalan baginya selesailah semua masalah dan kesempitan hidup. Dia sujud dan menangis. Benarlah urusan zahir dan batin itu urusan Allah. Sebab Allah pemilik semuanya. Dia maha kaya.. 
Usahalah dan buatlah semua ini kerana Allah. Kemudian belajar pasrah.. 
Usahalah dan buatlah semua ini kerana Allah. Kemudian belajar pasrah..

Kunci segalanya balik pada Allah. Mintalah pada Allah. Rayulah dari dia. Kamu tidak akan kecewa jika kenal Allah. Siapa balik pada Allah. Allah akan buka jalan baginya..ada orang kata saya tak baik macam mana saya nak doa. Jawab saya kita doa bukan sebab kita baik. Tapi sebab kita ada tuhan yang betul. Dia Maha Kaya. MAHA Berkuasa atas segala sesuatu. Maha penyayang.

Kasih sayangnya dan kebaikan Allah pada kita semua. Mencintainya ialah kemuncak bahagia
-Ustaz Ebit Lew

-------

Excerpt from Cinta Please #Throwback Memoir Casablanca:


       Sewaktu kita senang, kita selalu lupa dan leka dengan perkara lagha dan maksiat. Dan sewaktu kita senang, tidak ada lagi rintihan,

"Ya Allah, permudahkanlah urusanku."
"Ya Allah, berikanlah kekuatan bagiku menghadapi ujian-Mu."

       Sedar ataupun tidak, waktu senang adalah ujian yang Allah SWT berikan kepada kita sebagai kayu pengukur tahap kesyukuran kita kepada-Nya.

-NourlHousna Tawfiq (2015), p. 118.

_____________________________________________
p/s: It's a recommended book! Seriously!

No comments: