Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Friday

Kalau Tuhan sayang.

Pagi tu, Allah pinjamkan waktu dan semangat untuk riadah. 

Segar betul rasanya dapat keluarkan peluh.

Lepas buat se-round dua keliling tasik, dia ajak join group tai chi dekat situ.

Seronok. 

Walaupun majority yang buat senaman tu bangsa Cina, tapi India dan Melayu ada je yang join -macam kami. Katanya, satu Malaysia.

   Terima kasih Allah sebab fahamkan aku mengenai ayat 13 Surah Al-Hujuraat:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)....

"Nah" dia hulurkan botol air kosong pada aku. "Hari ni kau ada plan apa-apa ke?"

Botol yang dia hulur, aku sambut. "Hmm.. Tak ada. Kenapa?"

"Tak adalah. Kalau tak buat apa-apa, ingat nak ajak kau pergi Masjid Negeri"

"Oh.. Ada apa?"

"Saja nak check semula bacaan Al-Fatihah* aku. Sekalian boleh tengok program apa yang dianjur. Terasa kosong pula cuti-cuti ni tak 'berisi' "

"Ohh.. Boleh gak. Pukul berapa nak gerak?"

"Dalam pukul 11 okay kot. Kita Solat jumaat sekali dekat sana. Okay?"

Angguk. Senyum. "Barakallahufeek wa jazakallahu khairal jaza' "

"Wa iyyak"

Menepuk-nepuk bahu dia. "Aku suka tengok kau sekarang"

"Dah kenapa? Kau, tak termasuk golongan yang tukar default picture diorang yang ber-filter pelangi-pelangi* tu kan?" (buat muka)

"Ada ke situ pula kau." Ketawa nipis. "Iya lah. Aku tengok sekarang ni kau rajin join majlis ilmu. Mesti hidup kau bahagia kan, sekarang?"

"Alhamdulillah, hadza min fadhli rabbi" Dia senyum. "Sekarang, baru aku faham perasaan yang Ustaz pernah cakap dulu; yang dalam Surah Ar-Ra'd ayat 28:
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."
Peluk bahu dia. "Nak tahu something?"

"Hmm?"

"Nabi kata: 
“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan faqihkan ia dalam agama.” 
(HR Al Bukhari dan Muslim).
Dan, Allah sayang kau. Sebab tu, dia kurniakan kebaikan pada kau."

"Allah sayang kau juga. Allah sayang semua terutamanya yang bertaqwa, sebab Allah kan Ar-Rahmaan, Ar-Raheem, Al-Wadud."

Senyum. "Terima kasih sekali lagi, sahabat. Jazakallahu khairan katheer"

"Wa iyyak. Doa rabithah, jangan lupa pula"



*golongan yang tukar default picture diorang yang ber-filter pelangi-pelangi : kelompok lesbian, gay, bisexual, transexual, queer (LGBTQ)

GLOSARI:
· barakallahufeek wa jazakallahu khairal jaza' : Semoga Allah memberkatimu dan membalasmu dengan sebaik-baik balasan
· wa iyyak : dan ke atasmu jua
· hadza min fadhli rabbi : ini adalah kurniaan Tuhanku
· zikrullah : mengingati Allah
· faqih : (more or less) beri kefahaman
· jazakallahu khairan katheer : Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan yang melimpah ruah.

-------

Klinik Al-Fatihah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Maklumat lanjut, boleh rujuk : http://www.mssaas.gov.my/

#jomubah!
_______________________
p/s: current research = LGBTQ; inshaa-Allah, punya kerajinan dan kesempatan, I'll share the outcome. It's interesting though to know public's' perception/acceptance on LGBTQ community, the LGBT historical society (such as the people of Pompeii), the LGBT civil rights movement (like what happened in America i.e legalizing gay marriage) etc. Inshaa-Allah. Jika punya kesempatan dan kerajinan akan dikongsi.

No comments: