Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Tuesday

Inna lillahi inna ilaihi rajiun.

Flashback:

"Kalau awak ada yang nak kawan-kawan awak doakan bagitahu lah... Inshaa-Allah akan didoakan, dan inshaa-allah akan rasa ringan beban yang awak tanggung", kata Husnati.
Kami masing-masing melemparkan senyuman.

"Lagipun, amalan doa mendoakan sesama Muslim ni memang diamalkan sejak zaman Nabi SAW lagi. Para sahabat selalu minta didoakan oleh Nabi. Jadi, apa salahnya kita doakan sahabat kita bila diminta kan? Kalau tak diminta, lagi lah kena doakan sebab malaikat meng-amin-kan nanti. Kan?" sambung dia.
Waktu tu, rasa sebak. Terharu. Dan, hati aku terdetik, "Subhanallah. Terima kasih Allah sebab kurniakan teman yang mengingatkan tentang doa untuk sesama Muslim. Terima kasih Allah"

Tarik nafas dalam, hembus.

Sungguh, aku rindu bi'ah itu.
'Kalau rindu, adukan pada Tuhan tau. Dia kan pemilik hati...'
Sigh.

Mudah-mudahan, Allah sampaikan perasaan ini pada mereka.

Dan, mudah-mudahan semuanya dalam perlindungan Allah senantiasa.

--------

Tadi, Abah call; khabarkan tentang satu lagi ujian yang menimpa kami.

Allah. 

Masuk yang ini, belum surut ujian bertubi yang Tuhan beri.

     Sedih; sebab dapat rasa perit yang mereka lalui.

     Sedih; sebab tak mampu nak buat apa-apa.

     Sedih; sebab rasa macam useless.

Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa, terdetik juga kata di dalam hati, “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ”

Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. 

Diantara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah.
-Ustaz Pahrol Juoi

Allahu~ (Seka air mata)

Doakan kami agar kuat, please?

(Senyum segaris)

Mudah-mudahan, Allah hadiahkan kami syurga dengan ujian yang Dia berikan.

Doakan, please?
__________________________
p/s: terkenangkan kata-kata Husnati tentang doa, membuatkan aku lupakan prinsip aku tentang luahan perasaan pada public. Serious. Aku lupakan sebentar 'macho' aku..sebab, aku harap akan ada walau seorang yang sudi mendoakan. Moga-moga doa itu kembali semula kepada yang mendoakan.

No comments: