Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Sunday

'But I got a blank space baby, and I'll write your name', Taylor Swift (Blank Space)


"I met beautiful people and stay connected, and keep meeting new ones. They see me beyond hijab, and it is never a hindrance to them and I never felt that way. Hijab is an act of worship. Have you seen Mary in any church without her head cover? I haven't"
-Wardah Abdullah (2015), Menjejak Cinta Di Bumi Tuhan, h.185.
 -----

       Jam 10:30 malam, semua tetamu beransur pulang. Meja dan dapur sudah dibersihkan. Pinggan mangkuk kotor diuruskan oleh mesin pencuci. Aku dan Karin meluruskan pinggang di ruang kegemaran kami -dapur.

       "Selain Salzburg, apa yang membawa kamu ke mari, hmm?"

       "Aku mahu berguru."

       "Berguru?"

       "Ya, dengan pengalaman hidup dan manusia yang ditemui. Tidak kira siapa dan apa latar belakangnya. Apakah nilai yang menjadi pegangan hidupmu, Karin?"

       "Ah! Dengan aku pun kau mahu berguru?" Tawa halusnya terlepas. Sepasang mata biru kekelabuannya merlip cerlang. Aku sengih dan mengangguk laju.

       "Tempat duduk kosong. Dalam hati aku sentiasa ada ruang kosong. Meskipun sebahagian orang cukup takut mengosongkan sedikit hati mereka. Mereka mahu ia terisi sepadat-padatnya."

       Aku tekun menghayati nilai dan falsafah hidup yang dipegang wanita ini.

       "Manusia sentiasa memainkan pelbagai watak, dengan keperluan yang berbeza-beza. Kita perlukan ibu, kakak, adik, bapa, mahupun sahabat, bukan? Kita akan bercakap dengan mereka mengikut keperluan dan pengisian yang dimahukan."

       "Aku letakkan pemahaman itu dan sentiasa bersedia mengunjukkan tempat duduk kosong buat mereka, meskipun orang itu tidak aku kenali. Ada yang duduk sebentar dan ada yang mahu duduk lama. Terpulang.

-Ibid, (h.97-98)

No comments: