Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Friday

Bunyi message masuk.

Capai telefon.

Message dari dia.

Salaam. Nah:-image- (potongan ayat Quran; ayat 186, Surah Al-Baqarah)

Hairan. Jari laju menaip: ??

Dia reply: 'Tu. Allah bagi jaminan dah'

Jeda 3 saat, cuba mem-proses tujuan dia. Tak sampai 10 saat lepas tu message dia masuk semula:

'Borak dengan Allah, okay? And, mengadu pada Dia.' 

Jari menaip: 'Okay. Sedang dan selalu, inshaa-Allah. Why so sudden?'

Dia reply: 'Sebab, aku lebih suka tengok kau yang macho; yang lembik hanya disimpan untuk Dia. Yang, tak tunjuk ada masalah'

Fikiran tiba-tiba tergambar entri sebelum ni. Allahu. Rasa macam ter-tampar pun ada juga sebenarnya.

Message dia masuk lagi: 'Ingat anthem kita?'

Message dia dibalas ringkas: 'Ingat, At-Taubah:129'

Tak sampai seminit, reply dia masuk: 'Good. Pasak dalam jiwa kuat-kuat, okay? Bila ada masalah, ingat ayat tu DAN ingat untuk BORAK DENGAN ALLAH DULU'

Senyum segaris. Dan, ini reply terakhir sebelum battery drain: 'Okay. Allahu yubarik feek' 

Buka komputer, access account.

Scroll pada entri haritu.

Cursor dihalakan pada 'kotak' delete.


    And...the rest is history.

No comments: