Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Wednesday

Sprint, baby! Sprint!

21091436H 
10 malam terakhir Ramadan.. Kota Makkah menjadi havoc dgn pesta Ibadah yang momentumnya semakin meningkat! lazimnya mereka cuba sedaya upaya memperbanyakkn ibadah lebih lagi pada malam hari..
hampir semua masjid di makkah bukan sahaja menghidupkan solat tarawih malah menambah dengan solat tahajud secara berjemaah.. di masjidilharam terutamanya orang semakin ramai.. seolah berganda dari hari2 biasa.. begitu juga dengan masjid kawasan sekitar. mashaallah.. penuh dgn hamba Allah yang ingin menggandakan pahala pada hari2 ramadan yang hanya berbaki beberapa hari sebelum meninggalkn kita semua.. 😥😥😥😥mashaallah tabarakallah..
pesta ibadah ini memaksa saya menjadi malu kalau saya masih leka dan tidak turut serta.. persekitaran ini mendidik saya supaya tidak hnya memikirkan persiapan raya.. tetapi turut sama2 memperbanyakkn ibadah! alhamdulillah dalam persekitaran ini Allah letakkn diri ini dgn jiwa yang sgt rapuh & lemah supaya lebih menghargai dan bersyukur...
salam 10 malam terakhir ramadan..
-Mass Niera

Azan panggilan solat Tahajud di Masjidilharam... dengarlah.. sayunya..
Dan skrg jam 1.38am (as of -approximately- 0653H, local time) di Mekah, kedengaran jelas bacaan surah oleh imam di masjid berdekatan rumah saya, tanda berlipat gandanya ibadah 10 malam terakhir Ramadhan.
Sepanjang 10 hari ini semua masjid seluruh Saudi akan hidup dgn Solat tahajud mula 1am sebanyak 6 rakaat dgn 3 salam diikuti solat witir 3 rakaat dgn 2 salam. Subhanallah..
-Nurbaiti Hanaffiah

--------

Motif? Nak kongsi pengalaman mereka. Untuk kita sama-sama makin giat dan giat dan giat segiat-nya untuk rebut hadiah yang Allah mahu hadiahkan. (Maaf,tak jumpa pula perkongsian dari rakan di Malaysia tentang meng-hidup-kan malam akhir Ramadhan. Thus, those two were chosen. Hee!)

Biar kita tidak dikejut dengan azan untuk tahajjud. Still, it's the last 10 days of Ramadhan, people! The best part of the holy month! Hoorayyyy! Let's make full use of it!

Jom! Kejar cinta Dia! Jom! Kumpul pas untuk ke sorga!

Jom! Jadi 'ibadurrahman!

(Omigosh! Tak rasa excited ke celebrate hari-mini-anugerah dari Allah sebelum hari-grand-anugerah (di akhirat) kelak?) *mata bersinar*

-------

Hadith:

Daripada Abu Hurairah r.a.d. katanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Allah s.w.t. berfirman: "Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu didalam hatinya maka Aku mengingati dia didalam hatiKU, dan jika dian mengingatiKu dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat yang maksum dan suci daripada segala dosa). Apabila hambaKu mendekatiKu sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari". 
(Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)

___________________________________
p/s: tadi jumpa Bro Deen and family. Oh my! Sweet sangat okay satu family i'tikaf di masjid mencari dan mengharap hadiah Allah!

No comments: