Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Thursday

Ramadhan pergi, hadir pula salah satu daripada dua 'eid dalam Islam.

Hasil anyaman tiga beranak.
Babah, ketupat bawang; Mama, ketupat sate. Me, ketupat suka-hati-nak-masuk-kot-mana.
Teehee~
---
I know he misses his father.

Buktinya, sebelum ini hanya buat ketupat di rumah Baktok; nasi impit di rumah sendiri.

Tahun ini, pertama kali buat ketupat di rumah sendiri.

Dan, sambil kami menganyam dia akan kata:
"Baktok hebat anyam ketupat. Dia anyam laju dan kemas"
"Baktok suka guna daun besar-besar. Dia kata isi banyak; jadi puas makan, cepat kenyang"
"Anak-anak Baktok, Babah dengan Cik Adah je yang tahu anyam ketupat"

Tarik nafas dalam. Hembus.

Babah, rindu ayah dia.

Moga arwah Baktok tenang di sana.
Al-Fatihah.
---
Apa yang mesti kita ucapkan ketika bertemu saudara kita di Hari Raya Aidilfitri? Adakah ucapan khusus yang diajarkan dalam sunnah?
Perlu diketahui bahawa telah terdapat berbagai riwayat dari beberapa sahabat Nabi Radiyallahu 'anhum bahawa mereka biasa mengucapkan pada Aidil Fitri sesama mereka dengan ucapan "Taqobbalallahu minna wa minkum" (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian)
Dalil:
Dari Jubair bin Nufair, ia berkata bahawa jika para sahabat Rasulullah SAW berjumpa dengan hari 'eid (yakni Aidil Fitri atau Aidil Adha), satu sama lain ( i.e. mereka) saling mengucapkan 'taqobalallahu minna wa minkum (semoga Allah menerima amalku dan amal kalian)'. 
[Imam Al-Hafizh Ibn Hajar mengatakan bahawa sanad hadis ini adalah hasan]

Hidupkan sunnah di hari raya,
Jangan selfie tak ingat dunia;
Selamat Hari Raya dari saya,
Maaf zahir batin yang dipinta.
sumber: Syazwan Muhsin Negara

-------
selingan

"Malam raya mesti banyak orang buat lelong, kan?"

"Hmm"

"Hee~ Jom.?" (mata bersinar)

"Malas"

"Harga mesti turun gila-gila punya... Rugi lah kalau tak grab barang dengan harga murah. Jom...!!" (buat muka puss in boots)

"Hampa jangan nak 'harga runtuh' sangat lah. Jangan sampai kami tarbiah hampa. Malam raya orang dok sibuk talbiah* dia sibuk nak beli belah."

"Cop! Apa dia? Cuba ulang sekali lagi."

"Isy.. Buat-buat tak dengaq pula. Jangan nanti kami tarbiah hampa sebab malas talbiah..."

Sunyi dan berbunyi cengkerik . Krik krik krik~

Ketawa besar. "Apa yang awak dok merepek niiii?? Talbiah apa nya waktu raya? Orang takbir lah! Adoyaii.."

"Aa? Hehehe... Sekali sekala nak bagi rhyme... Takkan tak buleh kot?" (sengih)

Ketawa terkekek-kekek. "Alala~ Comel. Nak rhyme ya... Hahahahahaha"

(ketawa nipis)


*lafaz talbiah: 

لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْكَ. لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ. اِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ 
وَاْلمُلْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ

_____________________________
p/s: Eid Mubarak! Taqobalallahu minna wa minkum.

No comments: