Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Tuesday

Q & A

---

Manusia, mana pernah berhenti bertanya. Kan?

Katanya, bank soalan itu infinity.

---

"Macam selalu je tulis pasal dia. Dia siapa?

"Siapa siapa?"

Tenung dalam. "Budak tu"

"Budak mana?"

"J ke apa tah nama dia"

"Ahhh..."

"Siapa dia?"

"Makhluk Allah"

"Duh! Betul-betul lah. Ada apa-apa ke?"

Tenung muka dia. Gelak sekuat hati.

"Kenapa gelak?"

"Statement lawak"

"Apa yang lawak? Serious ni!"

"Orang serious juga"

Jeda.

"Jadi, tak ada apa-apa?"

Geleng. "Nope. Berapa kali nak cakap, orang tak suka lebih-lebih dengan ajnabi. Sebab, nanti tak best lah dengan yang halal kalau dengan ajnabi pun kita dah treat lebih-lebih."

"Nak tanya something"

"Go on"

"Tak teringin jadi 'queen' ?"

Pandang dia. Gelak sekuat hati lagi sekali. "Siapa tak nak? Sunnah, kan?"

"Ada calon dah?"

Angkat bahu.

"Ada ke tak ada?"

"I couldn't say yes"

"So, it's a no?"

"Kalau duduk dengan seseorang, kena pandai faham jargon orang tu kot."

"Clarify?"

Sigh. "It's not a solid no, i.e. the probability / possibility is there"

"Hmm... Kalau mengikut kefahaman, dah tolak lah kan? Orang yang sama ke? Kenapa tak terima? Bukan haritu Mak kata kenal je dulu?"

Geleng kepala. Senyum segaris. "Sebab tak sedia"

"Kalau nak bagi alasan tu, sampai bila pun tak sedia."

"Habis tu, kalau paksa lepas tu takut sendiri, menangis dalam diam. Siapa yang kena tanggung kalau bukan diri sendiri?"

"Kenapa takut sangat?"

"Itu, is not a laughing matter. Memanglah seronok sebab lengkap sebahagian deen. Tapi, masa kita panjang. Mampu ke nak jadi isteri dan menantu yang terbaik? Mampu ke nak didik anak? Bimbang, kalau-kalau itu pula jadi asbab ke neraka"

"Kalau nak fikir mampu ke tak mampu, sampai kiamat tak habis. Sebab tu kena belajar dan didik diri sendiri untuk jadi mampu. Anyway, kenapa fikir jauh sangat? It's not good to overthink, tau"

"Kena lah fikir jauh. Sebab nak kekal dengan dia sampai syurga. Nak ada perasaan sayang hari-hari; perasaan rindu hari-hari walaupun dah umur 70 / 80 tahun, dah bercucu cicit."

"Kalau ada yang nak jumpa parents boleh?"

"Jumpa je lah. My parents bukan minister nak kena buat appointment bagai"

"Serious?" ditenung.

"Err. Kalau jumpa sebab nak ke langkah seterusnya, maaf. Belum masa."

"Bila masa-nya?"

"Entah"

"Habis tu, kalau ada yang minta tolak mentah-mentah lah?"

"Macam rare steak? Kih kih kih"

Dia pandang pandangan serious. "Ha-ha. Hilarious"

"Ok. Ok.. Sorry. Gurau je. Entah. Setiap benda kena consult Dia dulu, kan?"

Diam.

"Yang haritu, apa sebab nya?"

"Hmm... Tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin sebab Allah 'kata' focus islah diri dulu"

"Tak rasa menyesal?"

Angkat bahu.

"Pernah dengar cerita seorang guru berpesan kepada anak muridnya 'kalau jumpa bunga yang cantik, ambil dan jangan lepaskan. Terus jalan ke depan dan jangan toleh belakang * "

Angguk.

"Tak takut jadi macam tu?"

"Entah lah. Wamakaruu wamakarallah, wallahukhairul makiriin. Tak ke? Lagipun, kalau shaytaan never gives up on his mission, kenapa manusia mudah sangat give up akan sesuatu yang dihajati? Oh well, might be kalau give up tu arti-nya kemungkinan mawaddah dan sakinah sukar dibina antara keduanya. Mungkin lah."

---------
*
Suatu hari, aku bertanya kepada guru. 
Aku: “Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup?” 
Guru : “Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali kebelakang!” 
Setelah berjalan dan sampai di ujung taman, aku kembali dengan tangan hampa. 
Lalu Guru bertanya : “Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun?” 
Aku : “Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak memetiknya, kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di hujung, aku baru sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali kebelakang lagi!” 
Sambil tersenyum, Guru berkata : “Ya, itulah hidup. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan.”
______________________
p/s: okay, malu *sorok muka bawah bantal sat*
pp/s: Eid Mubarak, everyone! Kullu 'amm wa antum bikheyr~ ^^,

No comments: