Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Tuesday

"Jat, nak tengok something?"

"Tak nak!"

"Aah! Tak kira! Nak tunjuk juga! Hehe" telefon pintar dihulur "Nah"

Dia tekan play -video penguin menyanyi dan menari. "Eeee! Amenda tah tengok benda ni. Macam budak-budak! Macam mana lah nak nikah ni.?"

Ketawa. "Comel kan?" Senyum lebar. "Geram gila tengok!"

Dia hulur kembali telefon pintar.

"Jap. Tengok ni pula" Tunjuk video penguin menyanyi lagu ponytail pula.

Dia hanya geleng kepala.

"Cute gila!!!! Kan?" Senyum bahagia.

"Hmm... Tak habis-habis dengan penguin dia tu"

Ketawa. "Jat, semalam kitorang buka puasa dekat Masjid Baiturrahman. Best sangat!"

"Sebab dapat makan banyak le tuu. Padan lah pipi makin bulat" dia mengusik.

"Amboiii! Bahasa. Untung je tengah puasa. Kalau dak, di-cili-kan mulutnya tu nanti"

Dia ketawa.

"Best sebab ramai gila budak! Dah lah comel-comel! Grrrrrr! Geram sangat!" Kusyen di tepi dipeluk erat.

"Mesti bising, kan? Focus ke dating dengan Allah?"

Ketawa kecil. "Nama pun budak. Jadi, boleh bayanglah kan macam mana. Mama tak suka. Sebab diorang sibuk buat bising, jadi tak focus dengar tazkirah"

"And, surprisingly. Kids love me, too! Hah!" buat muka riak sikit. "I think I have the attraction power lah!" Ketawa besar.

"Perasan je lah dari dulu, kan?"

Ketawa. "Ehh... Betul apa! Dulu dekat sana, tak pasal-pasal je ada makcik datang peluk cium orang. Not to mention, selalu juga lah menempel dengan orang sampai membuatkan Mama jealous. Hihii! Dekat sini, same thing happen dengan budak-budak pula. Tak memasal je dia datang hug and kiss. Haa! Tak ke orang attractive namanya?" mengeluh perlahan. "Rindu pula dekat Ummi*, Mak* dan jemaah kami"

"Hmm... Rasanya budak-budak tu tersilap kot. Ingat mak diorang, rupanya bukan. Ya lah... Awak pun dah macam mak budak dah kan?" Dia ketawa besar.

"Hoii! Kalau nak dengki pun, agak-agak lah. Bulan puasa ni buat orang sakit hati naa"

"Friend, chillax lah! Ni emo ni puasa ke dak?" Dia sengih.

"Puasa, okay!"

---------


________________________
Ummi/Mak : ibu angkat - ibu angkat di sana.

No comments: