Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Friday

Jangan Beritahu Orang Kita Doakan Mereka

أُمُّ الدَّرْدَاءِ ، قَالَتْ : حَدَّثَنِي سَيِّدِي أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ :
Ummu Darda' radiallahu 'anha berkata: Suami ku memberitahu ku bahawa dia mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam bersabda:
" مَنْ دَعَا لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ قَالَ : الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ "
Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya tanpa diketahui saudaranya, malaikat yang bertugas untuk hal itu akan mengaminkan doa tersebut dan berkata "Untuk kamu jua (seperti yang kamu doakan kepada saudara kamu).
[Sahih Muslim >> Kitab Zikir, Doa, Taubat dan Istighfar >> Bab Kelebihan Berdoa Kepada Kaum Muslimin Tanpa Pengetahuan Mereka, hadis no : 4920]
~~~~~~~
Imam an-Nawawi menakalkan dalam Syarah Sahih Muslim:
ولو دعا لجملة المسلمين فالظاهر حصولها أيضا ،
Seandainya seseorang itu berdoa untuk sekelompok kaum Muslimin, zahir hadis ini dia tetap akan memperolehinya jua (iaitu memperolehi fadhilat diaminkan doa dan didoakan oleh malaikat)
وكان بعض السلف إذا أراد أن يدعو لنفسه يدعو لأخيه المسلم بتلك الدعوة ;
Sebahagian ulama' salaf, apabila mereka mahu berdoa untuk diri mereka, mereka akan berdoa untuk saudara mereka dengan doa tersebut (iaitu hajat yang mereka mahu untuk diri mereka sendiri)
لأنها تستجاب ، ويحصل له مثلها
Ini kerana doa itu akan dimakbulkan Allah, dan dia akan memperolehi hal yang sama seperti yang dia doakan (kepada saudaranya)

source: Al-Kahfi

2 comments:

mujahidah maisarah said...

betui2. much better doa senyap2 tanpa beritahu org

Dia said...

:)