Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Wednesday

Hashtag 'Jom Ubah!'


-------

Dia ter-pandang gambar orang tu, kemudian matanya berpaling. Mukanya jelas riak menyampah.

"Kenapa buat muka?"

"Menyampah tengok muka dia"

"Kenapa?"

"Entah. Kita cuba nak 'okay' dengan dia tapi tak boleh."

"Apa yang dia dah buat?"

Dia menjeling. "Kita memang bengang dengan dia. Cakap selalu tak serupa bikin"

"Tak serupa bikin?"

"A'ah. Dah lah tu...dia ni, suka sangat ikut orang"

"Maksud?"

"Tak ada pendirian sendiri. Macam lalang. Dah lah. Kita tak suka lah cakap pasal dia"

"Awak pernah tegur dia?"

"Alah. Dia dah selalu sangat buat. Bukan tu je yang dia buat. Tapi, banyak lagi,"

"Awak.... Pernah tegur dia tak?"

Diam.

"Kadang, kita kena faham juga. A person's attitude is not built in a day. Kita kena selalu ingat yang banyak faktor yang membentuk sikap seseorang -cara dia di-didik, cara dia di-gaul-i, cara dia di-layan orang-orang, pengalaman dia etc. Plus, tak ada orang yang sikapnya dibentuk dalam sehari i.e. seseorang dah membawa sikap tu dari kecil. Jadi, kita kena ada effort untuk tegur dia  dulu kalau dia buat silap. Hmm..."

Jeda.

"Macam yang awak kata dulu, "tahu tapi tak sedar". Mungkin dia tak sedar kesilpan yang dia buat. So, kita yang 'sedar' ni, kena lah tegur saudara kita dulu. Syurga tu Allah cipta untuk semua. Kan?"

-------
Dalil:
Al-Qur'an:
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Ali- Imraan:104)

Hadith:
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. 
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.
hadith 34 (hadith Arba'in Imam Nawawi) ]

No comments: