Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Wednesday

Jom ubah! : Aurat

Source: facebook
-------

Alien [Ghuraba']

Hadith:
“Islam bermula dalam keadaan asing (gharib), dan akan kembali di anggap asing sebagaimana bermula. Maka beruntunglah orang-orang asing itu(ghuraba).”
(HR. Imam Muslim dari Abu Hurairah, juga dari Ibnu Umar)

"Ya, kat rumah pun Ya memang pakai tudung ke?"

Senyum. Angguk. 

Dia buat muka pelik. "Kenapa nak pakai tudung dalam rumah?"

"Sebab ada ajnabi."

"Huh? Sedara je kot yang ada kat rumah. Bukannya orang lain pun."

Senyum segaris. "Sepupu tu ajnabi le"

"Tapi, family juga kot! Bukannya orang lain. Tak panas ke?"

Senyum. "Kalau tersentuh dengan sepupu waktu kita ada wudhu' batal tak?"

Angguk.

"Kalau sepupu ajak kita kahwin, boleh kahwin tak?"

Angguk.

"Sebab tu lah kena tutup. Sebab sepupu bukan mahram"

Dia diam. Mungkin masih dengan penakulan yang sedara itu ada hubungan kekeluargaan jadi, kenapa tidak ada kelonggaran.

"But still. We're family. Ada blood tie kot! Kenapa perlu extreme sangat? Dah macam ISIS dah"

Pandang muka dia. Senyum. Kebetulan ada satu coklat yang terbiar terdedah atas meja. Coklat itu diambil. Dan, tangan mencapai satu lagi coklat yang tersimpan dalam poket -masih bersampul rapi.

"Antara dua ni, nak pilih yang mana?"

Jari telunjuk dia menghala pada coklat yang berbalut.

Coklat itu kemudiannya diberi pada dia. "Can you read between the lines?"

Dia diam.

Senyum. "Macam ni. Ya bagi satu lagi contoh. Pernah lalu kedai emas, kan?"

Dia mengangguk.

"Okay. Satu tu emas harga dalam USD 1k, satu lagi berlian harga dalam USD 20k. Yang berlian, di letak di luar bekas kaca yang macam dekat kedai emas, emas pula letak di dalam bekas kaca. Agak-agak kan, orang expect ke berlian tu harganya USD 20k?"

Geleng.

"Sebab apa?"

"Sebab kalau mahal, mesti lah letak dekat tempat yang terlindung sikit"

"Hmm... Macam tu lah Islam jaga perempuan. Darjat perempuan Allah tinggikan dengan Islam. Dan, cara meninggikan darjat seseorang perempuan tu, Allah arahkan yang perempuan pakai hijab* di depan ajnabi."

Dia diam.

"Lagipun, nabi sendiri kata bidadari itu cantik. Allah pun, affirm kecantikan bidadari. Buktinya, Allah berfirman dalam surah Al-Waqiah, ayat 22 dan 23. Allah kata:
Dan mereka (ahli syurga) dilayani bidadari-bidadari yang cantik parasnya, seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
Senyum. "Bidadari, memang Allah ciptakan sedia cantik. Tapi, dalam syurga nanti wanita yang jadi ahli syurga akan jadi lebih cantik dari bidadari. Sebab apa? Sebab bidadari syurga cantik tanpa perlu mujahadah lawan nafsu. Sedangkan wanita bumi yang memasuki syurga, tentulah darjatnya lebih tinggi sebab dia masuk syurga sebab berjaya kawal nafsu"

Jeda.

"Dan, Ya nak masuk dalam senarai ahli syurga agar dapat jadi lebih cantik dari bidadari syurga"

-------

*Al-Quran:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(An-Nuur:31)

#jomubah!

No comments: