Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Saturday

"Ya habibti, sat lagi ana nak turun beli makanan. Enti nak apa-apa tak? Atau enti nak ikut?"

(suara dia sedikit lain, seolah sengau) "Hmm... Tak kot. Tak tahu lah nak makan apa"

(masuk compartment dia) "Enti pasti? Tak lapar ke nanti?" 

Dia masih dalam keadaan bertelekung; mata dan hidung dia merah.

Dia cuba sembunyikan keadaan diri dia. Dia hanya talakan pandangan pada sejadah. "Hmm... Sure kot. Tak tahu nak makan apa."

Serba salah nak bertanya. "Enti... Okay?"

Dia cuba senyum. "Okay je."

"Hmm.. Enti kalau ada apa-apa cakap pada ana" Entah kenapa, gerak hati kuat kata dia 'kena' lagi sekali.

"Okay, inshaa-Allah. Enti jangan risau ya"

Masih tak puas hati dengan sikap suka berdalih dan simpan sendiri dia; selalu perasan macho. "Tapi, kenapa ana rasa macam enti baru lepas menangis?" Saja soalan itu ditanya walaupun keadaan jelas dan nyata. 

"Tak ada lah. Ana ngantuk... Menguap tadi." Dia cuba berdalih. "Huarghhh~" Dia cuba nak cover dengan buat-buat menguap. Kain telekung dia terselak sikit, menampakkan lengan dia. Lengan dia....lebam.

"Ni! Bila kena?" dipegangnya tangan kawan tu. 

Dia, antara mahu cakap dengan tidak.

"Sebab tu?"

Dia diam.

(hembus nafas berat) "Dekat sini je ke?"

Dia geleng. Lepas tu, dia tunjukkan pada kaki. Ada lagi satu lebam besar. 

Jeda.

"Bila jadi ni?"

"Pagi tadi"

"Dua-dua?"

Dia geleng. "Dekat tangan dua tiga hari lepas."

Hmm. Padan pun dekat tangan seolah nak hilang dah. "Ummi tahu tak?"

Dia geleng. "Malas nak buat Ummi risau."

"Hmm... Lepas ni, jangan lah diam seorang-seorang. Terus bagitahu ana. Risau ana kalau ada apa-apa jadi pada enti. Dan balik nanti, jangan berlengah pasal hal ni, okay. Mungkin, appointment enti kena berterusan."

Dia mengangguk perlahan.

2 comments:

mujahidah maisarah said...

ada smbungan tak cter ni?

Dia said...

Inshaa-Allah. (: