Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Friday

Tahu, tapi tak sedar.

Jat, haritu ada orang tanya, 'Apa hukum kalau dia tahu tapi dia tak sedar'. What say you?

Clarify. Tak faham.

Hmm.. Macam... Dia tahu benda tu salah, tapi dia tak sedar.

Jadi?

Jadi apa pula! Jadi-nya, apa hukum kalau macam tu?

Cakap pun tak terang hang ni, tak pasai-pasai suruh kami bagi hukum. Apa laa! (smirk) 'Tahu tapi tak sedaq' Macam mana tah.

Yihh! Macam ni. Contohnya Jat tengah mengata Farah dekat Nur tapi sebenarnya Jat tak sedar Jat duk mengata Farah. Konon-konon tengah luah perasaan lah, padahal....mengata yang lebih! Haa.. Lebih kurang gitu lah.. (sengih)

Oh. Dah Nur tak tegur Jat tu, kenapa?

Haa? (dumbfounded)

Ya la. Orang yang sedar sekeliling dia tu, yang tak tegur tu kenapa? Syurga tu exclusive untuk dia seorang ke? Dah tahu benda tu salah, tegur la. Modal ayaq liuq ja kot!

_____________
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.
[Hadith 34, Hadith Araba'in Imam Nawawi]

No comments: