Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Wednesday

Fynn Jamal:

selalu dengar orang cakap "rindu mekah", "rindu madinah". aku selalu tak dapat faham sangat. sebab aku fikir ia sekadar sejenis rindu yang biasa selepas kita travel--
macam aku rindu kazakhstan kadang2.
atau aku rindu uk. atau paris.

rindu kenangan, sebenarnya.
rindu berada dalam keadaan musafir.

itu yang aku fikir.

tapi kini realitinya aku telah pernah berada di tanah haram makkah dan madinah. malahnya hidup berminggu di sana dan pada ketikanya aku cuma bangkit tanpa cita2 lain selain untuk beribadah.

sekarang aku 7159km jauhnya dari pusat yang dijanjikan kesuciannya.
dan tak ada perasaan dan tak wujud perkataan lain untuk situasi ini selain rindu.

tanamlah azam ke sana, wahai yang dikasihi sekalian. pegangkan ingin yang tebal untuk merasa amannya mencecah pangkal dahi di marmar masjid2 yang dipelihara murninya.

wallahi betapalah aku tak mampu untuk memberitahu betapa syurganya tanah haram. sehingga rasanya kalau aku katanya ia seperti seperca firdaus pun agaknya tidak keterlaluan.

apa yang kau cari dalam hidup?
sebenar2nya?
harta? zuriat? kuasa?

semuanya takkan memberi makna andai hati engkau tak jumpa sesuatu yang bernama aman. harta berkoyan tapi runsing dicukai orang. zuriat berderet tapi takut seorang pun tak sayang. kuasa sedunia tapi ngeri dibunuh walau bukan di perang.

kebahagiaan adalah bila mana kita menjumpai aman--
dan bersamanya kita mendapatkan perasaan yang tenang.

sesungguhnya allah akan membuktikan kepada rasulnya dengan kebenaran mimpinya dengan sebenarnya--
yakni bahawa SESUNGGUHNYA kamu PASTI akan masuk ke masjidil haram insyaAllah dalam keadaan aman.
surah al fath: ayat 27.

rasailah dunia yang tak mempeduli dunia selain tuhanmu dan rasul2mu di sana.
rasakan keberserahan yang habis2 kepada pencipta.

di sana.

moga kita SEMUANYA--
yang mulia dan pendosa--
yang mencari atau dah jumpa--
diizin untuk ke sana;
kembali atau pertama kali.

amin. 

________

There's a saying, "You can never understand until you experience it yourself"

Wallahi, sampai sekarang aku tak boleh move on.

Rindu sangat pada Haramain.

Beruntunglah mereka yang Allah hadiahkan kesempatan untuk menikmati Ramadhan di sana.

Jujur, aku cemburu. 

T.T

Anyway, Ramadhan Kareem, people!

May Allah's blessings and maghfirah be with us at all times.

And, may He grant His mercy in giving us tawfiq & blessed Ramadhan.

Allahumma amen~

4 comments:

fyumie said...

you will insya Allah, oneday. teruskan berdoa. Ramadhan plak nih hehe.

Dia said...

Ameen~ (:

Inshaa-Allah.

i.A said...

semoga kita semua diberi kesempatan untuk menjadi tetamuNYA

Dia said...

Allahumma ameen~ (: