Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Tuesday

Bismillahi la ila ha illallah wa huwa Ar-Rahmanur Raheem.

Allah panggil.

Tidak pernah ada manusia yang tiada masalah ujian. Setiap ujian dari Allah untuk kita pasti ada sebabnya. Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana Allah merindui hambanya. Allah rindu dengan rintihan, bisikan, dan tangisan hambanya.

Manusia. Bila senang, gembira. Kita lupa. Tetapi, apabila kesusahan dan musibah datang, dia mula mencari Tuhannya.

Ada manusia, Allah panggil dengan rezeki dan dia menoleh pandang pada Tuhan. Sekali sekala Allah rindu lebih, dicampak sedikit demam, kencing manis, kehilangan atau sedikit kerugian. Sedikit 'ketukan' agar beringat.

Ada manusia, dipanggil dengan rezeki, langsung tidak menoleh. Lupa, tak sedar, dan syok sendiri. Lalu kerana rindu pencipta pada hambanya, Allah memanggilnya dengan ujian. Dan manusia terus menoleh bersujud pandang dan tunduk pada Tuhan.

Allah rindu :') bersyukurlah

Masih, ada manusia yang langsung terus berdegil ketika susah mahupun senang. (Moga kita dijauhkan insyaAllah)

Terlalu banyak yang kita minta pada Allah. Kita berdoa, lalu meminta segera diperkenan. Tetapi apabila senang, kita mula berpaling.

Kita ini siapa? Senang hati menabur janji manis pada yang Maha Mengetahui?

Kembalilah. Allah memanggil kita.

-Ruqayyah Farhani; 16062015M

--------

Dia, perempuan yang aku kagumi.

Hatinya pada Tuhan -bagi aku- kukuh.

Hati aku?

(tunduk, malu)

Terima kasih, Tuhan.

Sebab Kau tampar-kan aku dengan hakikat hati aku sekarang ini.

Terima kasih, Tuhan.

Karna sadar-kan aku dari ego yang aku kendong selama ini.

Terima kasih, Tuhan.

Atas kasih-Mu yang tak pernah luntur hingga kini.
Oh well, Engkau Ar-Raheem. Kan, Allah?

[16062015M;1712H;TBNSA] 
 _______________
p/s: mudah-mudahan, kita kembali dalam keadaan Dia redha.

No comments: