Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Thursday

Apakah azam kita untuk Ramadhan kali ini?

I received an email from Tarbiah Sentap. And, I think it's worth to share. 
Apakah azam kita untuk ramadhan kali ini?
1) Target berapa kali nak khatam quran?
2) Yang baca quran tak lancar dan tersekat-sekat, ada tak plan untuk belajar sungguh-sungguh Al-Quran sehingga lancar? Dah berapa tahun hidup, tapi masih belum lancar bacaan alquran. Kena target ramadhan ni perubahan.
3) Ada tak target supaya kita istiqomah tahajud setiap hari sepanjang ramadhan?
4) Ada target untuk menangis ketika berdoa, dan nangis baca quran, atau nangis tika bertaubat? Dah lama tak menangis. Asyik nangis tengok drama korea je. Target ramadhan ni, kita dapat menangis ingat Allah, rindu Allah!
5) Ada tak target untuk sedeqah? Berapa banyak nak sedeqah sepanjang ramadhan? RM 10, RM 100, RM1000, RM10,000?
6) Ada tak target untuk usaha meninggalkan maksiat? Kalau yang ketagih video lucah, ada target tak untuk usaha gila-gila tinggalkan benda tu? Yang ketagih tengok drama cintan cintun korea jepun melayu hindustan bangla, ada azam tu untuk tinggalkan benda mengarut dan merosakkan hati tu? Yang merokok, ada plan tak untuk tinggalkan?
7) Ada tak target untuk kuasai ilmu dengan banyakkan membaca? Apa buku yang kita target nak baca ramadhan ni? Buku SIRAH nabi, buku DAKWAH dan TARBIAH, buku-buku ilmiah, fiqh dan sebagainya. Buku Tarbiah Sentap, Momento, Bedtime Stories Sentap(sempat promote. Huhuhu), atau buku-buku yang membangkitkan kefahaman kita tentang islam? Asyik baca novel cinta je sampai bila? Kena move on.
8) Ada tak plan untuk taubat pada Allah? Dah berapa lama tak solat taubat? Ada tak target nak mintak maaf kat Allah dengan taubat yang jujur dan ikhlas, bukan pura-pura dan palsu?
9) Ada tak target untuk iktikaf kat masjid, buru pahala, kejar malam lailatul qadar, dan sebagainya?
Dan yang terakhir...
10) Awak plan nak jadi baik dan berubah time ramadhan sahaja, atau nak berubah jadi baik seumur hidup?
Ingat....
Tuhan kita adalah Allah. Bukan Ramadhan. Orang yang bertuhankan ramadhan, dia hanya baik time ramadhan. Tapi orang yang bertuhankan Allah, dia akan baik sampai mati."Celakalah, mereka yang bila tamat ramadhan, dia tidak di ampuni..."
Nauzubillah.
Salam ramadhan dari kami!
TARBIAH SENTAP
-------
"Ada target untuk menangis ketika berdoa, dan nangis baca quran, atau nangis tika bertaubat?";
"Ada tak target untuk sedeqah?";
"Ada tak plan untuk taubat pada Allah? Dah berapa lama tak solat taubat? Ada tak target nak mintak maaf kat Allah dengan taubat yang jujur dan ikhlas, bukan pura-pura dan palsu?"; 

Tahniah #TeamTarbiahSentap! Aku, berjaya di-sentapkan. Lebih-lebih lagi when it comes to this...

"Orang yang bertuhankan ramadhan, dia hanya baik time ramadhan. Tapi orang yang bertuhankan Allah, dia akan baik sampai mati."

...tiba-tiba rasa nak nangis. 

Muhasabah semula, bila kali terakhir sungguh-sungguh sujud pada Allah, nangis depan Allah, mengadu pada Allah; atas dasar cinta dan syukur bukan sekadar saat ujian datang menegur.

Allahu~ Malu.

Mudah-mudahan, Allah hadiahkan kita tawfiq-Nya agar Ramadhan kali ini jadi Ramadhan yang terindah dan antara asbab untuk mendapatkan pas ke sorga.

[Allahumma balighna Ramadhan wa Lailatul Qadr. Allahumma taqabbal minna ya sami'ud du'a.]

No comments: