Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Sunday

Al-Wiqayah i.e hati-hati / jaga-jaga

Antara “Ibadah yang Sah” dengan “Ibadah yang Diterima” 
Ramai orang hanya pentingkan ibadahnya sah, puasanya sah, solatnya sah, tetapi mereka lupa untuk mempertimbangkan apakah ibadahnya itu diterima oleh Allah atau sebaliknya?

Ibadah yang sah belum tentu mahu diterima oleh Allah.

Sekadar sah sahaja belum cukup!

Faktor penerimaan ibadah turut bergantung pada PEMBUAT IBADAH, iaitu orang yang beribadah. Kitalah yang menjadi faktor penentu apakah ianya akan diterima atau ditolak?

Oleh sebab inilah maka Abu Darda RA berkata,

لأن أستيقن أن الله قد تقبل مني صلاة واحدة أحب إليّ من الدنيا وما فيها، إن الله يقول: إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ

“Sesungguhnya jika aku dapat meyakini bahawa Allah Ta’ala telah menerima dariku satu solat adalah lebih aku sukai daripada mendapatkan seluruh dunia dan isinya, kerana Allah telah berfirman, ‘Sesungguhnya Allah hanya akan menerima amalan dari orang yang bertakwa’ (Al-Maidah:27)”

[Tafsir Al Quran Al ‘Azim, Ibn Katsir]

# Kalau tak bertaqwa, amalan kita tidak akan diterima oleh Allah SWT !

-Ust Emran Ahmad via facebook [04091436H/20062015M]
 ---

Hampir kepada pertengahan Jun lalu, Allah beri kesempatan untuk ber-halaqah Quran bersama sahabat satu batch. Dan, alhamdulillah tsummalhamdulillah, Allah gerakkan hati Sharina Farhana untuk duduk satu bulatan dengan kami. Kalau ikut hati dan perasaan, seronok tapi sangat segan dan malu dengan Sharina; mantan MPP di universiti kami. Tegas perwatakannya, bijak orangnya. Kalau nak banding dengan kita, fuhh! Macam langit dengan bumi.

Jadi, bila duduk sebelah dia terasa kerdil sangat. Apatah lagi harus jadi naqibah bagi kumpulan halaqah kami. Dalam hati debor-debor, Tuhan je yang tahu. Demi Allah, aku gugup. Tapi, subhanallah. 'Fa bi ayyi alaa i robbikuma tukaziban?' (Surah Ar-Rahman) -Pernahlah- (ter)detik hati untuk ber-halaqah dengan dia. Dan, ternyata, lintasan hati aku Allah makbulkan (walaupun tak pernah pun terfikir satu halaqah sebagai naqibah sebenarnya). Malam itu keinginan hati aku, Allah tunaikan; di rumah Allah. Mashaa-Allah, tabarakallah. Terima kasih, Allah.

Dan, nyata bila bersama dengan orang yang banyak ilmu-nya adalah satu bonus. Malam tu, Sharina kongsikan ilmu tentang mukminin dan muttaqin.

"Kita ada satu benda nak share" ujar Sharina.
Angguk-angguk. "Silakan" 
"Haritu kita pergi satu program. Ustaz tu sebut tentang mukminun dan muttaqin. Rasanya, semua orang perasan dalam Quran Allah ada sebut golongan mukminun dan muttaqin, kan?" kata dia.
Kami semua mengangguk tanda setuju. 
Senyum. "Pernah terfikir tak apa beza mukminin dan muttaqin?" 
Jeda. Masing-masing blur tak tahu nak jawab. 
Senyum. "Mukminun tu orang-orang yang beriman. Muttaqin orang-orang yang bertaqwa. Satu contoh yang senang nak tunjuk perbezaan ialah solat. Kalau orang beriman, dia akan solat pada awal waktu yakni, kalau dia dengar je azan terus dia ambil wudhu' dan solat. Whereas orang yang bertaqwa ni, level iman dia lebih dari tu. Sebab dia golongan yang berhati-hati. Ertinya, sebelum azan lagi, dia dah get ready untuk solat. Dia dah siap-siap ambil wudhu'. Masuk je waktu, dia terus laksanakan solat." 
"Ohhhh", ini reaksi kami mendengar penjelasan dari dia.
Oh well, hari ini (i.e 3/9/1436H) Allah beri kesempatan pada aku untuk sama-sama sertai program Penghayatan Ramadhan anjuran Mubalighat Masjid Negeri. Dan, antara input yang dapat tak kurang lebih seperti input yang Sharina kongsikan.

Gist-nya satu:
"Jadilah hamba yang bertaqwa. Taqwa itu apa? Taqwa itu asalnya dari perkataan wiqayah yang membawa maksud hati-hati. Jadi, orang yang bertaqwa itu boleh lah kita tafsirkan sebagai orang yang berhati-hati dengan hukum Allah yang lima i.e wajib, mandub (sunat), haram, makruh, harus. Percayalah, impak-nya adalah sangat besar. Yakni, Allah bakal menjaga-Mu."
---
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a.عنهما االله رضي beliau berkata:

Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata:

la adalah Hadis Hasan Sohih. Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:

Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.

[Hadith 19 dari Hadith Arba'in Imam Nawawi]

No comments: