Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Wednesday

Of exam(s) and laziness.

Kisah cap ibu dan anak  

Mama adalah tempat paling best untuk mengadu, bergaduh, menggedik dan bermanja.


Ada lah satu hari tu.... Perangai manja terlebih aku datang berbondong-bondong dalam diri.

Aku punyalah nak mengelak dari bertembung dengan dia.

Tapi, dia datang juga tanpa segan silu.

Confidence level tinggi betul nak bertenggek dalam jiwa, akal dan fikiran aku. Heh!

Dan dia datang ibarat tuan puteri yang diapit oleh dayang dan pengawal 'malas' yang begitu ramai. *Woha! Kemain kau!*

Sedangkan, kehadiran dia tak dijemput apatah lagi diharapkan.

'Cis! Tak malu betul tuan puteri dengan dayang serta pengawalnya!', aku bermonolog.

Sekejap-sekejap dia pujuk, 'Alaaa... Ada masa lagi... Belajar nanti lah....'

Geram pula kita dibuatnya.

Aku cuba melawan.

Fight sana! Fight sini!

Mula-mula dia jatuh. Aku menang. Yeahh! *ada sedikit bangga dan ,mungkin juga riak di situ*

Tapi keseronokan aku bersifat sementara semata. Dia, langsung tak mengalah.

Dia bangkit kembali.! Dan, lebih hebat kali ini. Sekutu dia si syaitanirrojim membantu dia dengan padu!

Aku cuba sedaya mungkin untuk lawan.

Tapi, godaan dia... Ya Rabb!

Tewas juga aku. Tersungkur terjelopok macam nangka busuk. Ptuih!

Sekejap-sekejap, pandang laptop; sekejap-sekejap main telefon; sekejap-sekejap tergolek-golek macam beruang kutub.

Big sigh.

Kuat betul hasutan syaitonirrojim yang turut bersama dengan dayang dan pengawal si puteri tadi tu.

'Ahh! Ini tak boleh jadi!', kuasa dalaman aku tiba-tiba bangkit.

'Aku perlu kuasa dari luar. Aku perlu kan tenaga dari luar'

'Tapi, dari mana?'

Neuron otak aku ligat bersambung; mencari akal mana nak dapatkan sumber.

'Haa! Air coklat Tok Abah!'

'Tapi... Macam mana nak dapatkan air coklat Tok Abah? Kedai Tok Abah tak buka hari ni. Boboboi sekolah -ada peperiksaan pertengahan tahun' *bukan salah Tok Abah sebenarnya. Sebab sebetulnya, aku baru teringat yang aku puasa haritu. tunduk*

Keluhan berat.

Lampu kecemasan ultraman aku dah makin parah; makin kuat bunyi kecemasannya berteriak mahukan semangat.

Aku jadi cemas.

'Macam mana ni? Macam mana ni?'

Tiba-tiba, light bulb muncul atas kepala aku! Tingg!

Aku kan ada satu kuasa ghaib yang amat berkuasa.

Ahaa!

Maka, tanpa berlengah walau sesaat, dengan sisa-sisa semangat dan tenaga yang ada, aku capai telefon yang sedari tadi blink-blink tanda ada message.

Aku cari nombor Puan Mama -seorang ahli sihir yang  hebat kuasanya. Woha!

Dan, berbekalkan semangat yang makin menipis, satu message-dalam-botol terhasil dan dihantar kepada Puan Mama.
"Sebenarnya Nur malas sangat sekarang. Buku tak habis baca lagi. Duhai Mama, serulah semangat belajar untuk Nur"
Message-dalam-botol itu aku hantar dengan harapan kuasa sihir Puan Mama dapat menyembuhkan penyakit yang aku alami.

Bunyi siren di dada aku makin kuat.

Aku perlukan kuasa sihir Puan Mama secepat mungkin atau aku akan tewas dalam pertarungan kali ini.

'Please, Puan Mama.. Please... Read your charms!' aku berdoa.

Tak sampai lima minit, Puan Mama menghantar khadamnya pada aku; legaaa~

"Hai... Roh Nur ****** binti ******, bangunlah kamu! Kuatkan lah semangat kamu untuk belajar supaya kamu beroleh kejayaan yang cemerlang; dengan itu kedua orang tua mu akan bahagia dan berbangga dengan kamu~ 


Angin sepoi-sepoi language waktu tu umpama mengikut rentak bait sihir Puan Mama.

Semangat yang tadinya semakin pudar mula menampakkan kelincahannya. Puteri dan sang dayang serta pengawal mula menjerit kesakitan. Mereka mula bertempiaran lari dek kuasa sihir Puan Mama.

Fuh! Mujur ada Puan Mama.

-tamat-

---

Truth be told, aku keliru sama ada nak ketawa atau menangis masa baca message dari Puan Mama.

Sedih bila baca part akhir message tu.

       Yosh!~ Semangat belajar, kuseru engkau untuk hadir bersamaku!~

😹




---
😹



---
---
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda (yang artinya): “Ada tiga doa yang mustajab, tanpa keraguan didalamnya: Doa orang yang terdzalimi, doa seorang musafir, dan doa orang tua untuk anaknya” (HR. At-Tirmidzi, dihasankan oleh Al-Albani). *
*mungkin nanti boleh check sumber yang rajih, maksud aku ada reference yang lengkap (page berapa, kitab apa) 
___________________

p/s: Final exam, begins. Zum geburtstag viel, gluck freunde! Allahu yusahhil, inshaa-Allah. ^^,

No comments: