Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Saturday

Happy teacher's day!

(maaf. gambar terpaksa di-remove atas sebab-sebab tertentu)

Sebagai pelajar

Waktu sekolah -lower form- , suka sangat pergi tandas berteman. Yang selalu teman aku adalah Fazlin. Dan, nak sampai ke destinasinya, mestilah lalu kelas-kelas lain. Jadinya, tiap-tiap kali keluar ke tandas waktu agama dan POL (kelas bahasa untuk non-muslim), aku mesti akan mengajuk Bahasa Tamil atau Bahasa Cina kelas POL tu. And, paling kuat mengajuk bila Pn. Choong yang mengajar.

"Lin... Lin... Ni hao ma?" saja aku cakap Bahasa Cina.

"Wo hen hau" Lin melayan.

"Waa.. Kamu sula manyak bagus woo.. Sula paham... " sambung aku dengan pelat yang betul-betul pekat.

Lepas tu kitorang ketawa separuh mati.

Lagi satu waktu favourite untuk mengajuk cikgu adalah waktu Pendidikan Jasmani. Again, yang mengajar subjek ni Pn. Choong. Berkali-kali gak lah syaitanirrojim dalam diri aku ni menunjukkan tanduk dia. Sebelum cikgu datang je, kitorang akan berkumpul dekat bawah. Dan, time sembang-sembang sesama kitorang, mula lah aktiviti mengajuknya.

"Pelajar... Pelajar... Hali ini kita lali selibu lima latus meter. Semua pelajar kena lali. Saya akan ambil masa untuk ujian kecerwdasan" (sila bayangkan dengan intonasi yang sangat pelat dan lembut siap tangan umpama sotong)

Lepas tu, kitorang ketawa sesama sendiri. Allahu~

Nakalnya waktu tu.... Sangat tak senonoh bila dikenang balik. Nasib baik lah sedar diri pergi minta maaf dekat cikgu tu waktu akhir tahun. Kalau tak, sampai sekarang lah tak tenang hoii!

---

Sebagai pengajar

"Amirul Danish, buat correction ni. Buat sampai betul" tegur aku.

"Alaa.. Ana tak nak buat lah teacher. Ana penat lah teacher. Asyik buat correction je" sungut kanak-kanak usia 8 tahun ni.

"Tadi teacher suruh baca soalan betul-betul kan. Enta baca soalan betul-betul tak?" saja aku nak bagi neuron dia bersambung.

"Ana dah buat betul-betul lah teacher... Tapi salah juga" dia tetap nak ngelat dari buat correction.

"Haip! Enta buat main-main kan tadi? Teacher nampak enta sembang dengan Danish. Lagi nak cakap macam tu?"

Lepas tu, dia mengajuk cakap aku, "enta buat main-main kan tadi..." Padan muka kau, Nur! Buat lagi dekat Pn. Choong. Sedebuk kau kena dengan budak kecil ni haa. Hahaa!

Aku, yang -konon- garang, pandang muka dia. Terus dia sengih-sengih, ketawa-ketawa "Hihi... Okay.. Okay... Ana buat. Tapi penat lah teacher"

"Sebab tu kena buat betul-betul, kalau enta dapat jawab betul semua kali ni, teacher bagi hadiah"

"Hadiah? Hadiah apa?" mata dia terus bundar dengar perkataan tu. Budak-budak kan...

___

Rindu. Rindu sangat dua zaman tu. Zaman sekolah, bilamana tiap hari Ketua Pengawas offer nak belanja air kotak (tapi, aku tak pernah dapat sebab tak setuju dengan syarat dia. Hah!) Dan zaman mengajar, bila student aku fed up nak teka nama aku akhirnya diorang panggil aku, Teacher Ceria. (hahaa. tangan ke bahu, mata ke atas. Ceria sangat!)

Dan, hari ini. Hari Guru.

Jadi, Selamat Hari Guru, cikgu!

Jazakumullahukheyrkatheer!



No comments: