Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Saturday

"Enti okay tak sekarang?"

"Okay je, kot. Cuma, kadang tu dia jadi balik macam dulu. Ana bimbang."

"Maksud?"

"Benda-benda yang jadi waktu 'menggila' tu datang balik. Dan,badan dah mula ditinggalkan kesan macam dulu"

"Banyak ke?"

Angguk. "Pagi tadi, tambah lagi satu; dekat kaki. And, baru je tadi tengok semula, yang dekat kaki dah ada kembar. Semalam di tangan." Sigh.

"Hmm.. Doa banyak-banyak. Allahu yashfeek, inshaa-Allah"

"Ana takut sangat sebenarnya. Takut tergelincir lagi."

"Allahu sami', kan? Jangan pernah berhenti 'memanah', tau!"

Angguk. "Okay. Doakan ana juga. Sebab ana tak mampu hidup tanpa cinta Dia. Dan, ana terlalu bimbang kalau-kalau benda ni membuat ana jauh balik dari Dia. Sungguh, ana takut sangat."

Peluk. "Innallaha ma'aki wa ma'ana jami'an. Inshaa-Allah, enti di bawah jagaan Dia sentiasa"