Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Sunday

(وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ     (١٥٥
Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah : 155)

---



-message received-  ;   -message sent-

Assalamualaikum, hi! *emoji angkat tangan*

Waalaikumsalam. Hei. (:

Aku ada game untuk kau. Ready?

Ok.

Good! Pick the nearest book to you, randomly flip the page and read the first thing you saw. ^_^

[Aku capai buku Have A Little Faith, karya Mitch Albom. Tanda nama khat yang tertulis sebahagian ayat 28, surah Ar-Ra'd aku lihat.
أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ...
...Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang.
Aku tenung penanda buku tu. Aku baca satu per satu perkataan yang tertulis. Deep. Terus rasa malu menjengah diri. At the same time, aku hairan dengan Jat. Macam mana dia boleh muncul tiap kali aku dalam keadaan macam ni. 'Pakai khadam ke apa?' bisik hati aku. ]

[Telefon yang aku letak tepi tadi, aku capai.]

Jat, kau sebelum ni ada menuntut kat mana-mana ke? Kat mana kau dapat tauliah kau? Bertapa kat mana?

Whoa! Panjang nya ayat! Buku apa kau baca weh? Macam mistik jah! Hahaha!

Have a little faith, Mitch Albom. Kau pakai khadam ke apa, Jat?

[Saja aku tanya soalan itu pada Jat. Sampai sekarang aku tak boleh nak hadam kenapa dia mesti ada tiap kali hormon aku menggila dan berada di fasa imbalance yang melampau?]

Mitch Albom? Khadam?Err... (garu kepala) Kau.... Okay tak ni? *emoji scary dongga*

Jat, stop playing the fool. You know what I mean.

Ok. Sorry. Saja nak tanya khabar kau. Entah kenapa aku dapat rasa uneasy vibe. Kau okay?

[Sungguh! Aku aneh dengan dia ni. Macam mana dia dapat rasa?]

Ok. Alhamdulillah.

Cut the crap. Spill.

Tak ada apa lah. Penat sikit kot.

Ok. If so, get some rest. And, jangan pernah lupa mengadu pada Dia.

Sure. Jazakallahukheyr.

Waiyyak. (Trust me; He misses you a lot. And, I envy you for that) Salaam'alayk.

[Tarik nafas dalam. 'Terima kasih, Allah sebab mengingatkan aku melalui dia. Terima kasih, Tuhan' bisik hati aku.]

'Alaykassalam.

---

Takut; andai tak mampu redha dengan ujian dari Dia.


Bimbang; andai hati berontak mempersalahkan Tuhan atas perancangan-Nya.

Risau; andai ter-keluar perkataan kufur dari bibir.

Astaghfirullah. na'uzubillah min dzalik.

Biar Allah janji, 
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ  
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.  (Al-Baqarah:286) 
 Tapi, sudah sifat manusia itu lemah. 

Resah itu menyapa jua dalam relung hati.

Bukan tidak yakin dengan janji Tuhan.

Cuma, iman masih banyak perlu polish.

Allahu.
________________
p/s: finalexamination'scomingrealsoon.


No comments: