Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Monday

-.-"

Pengawas.?
*emoji tutup muka*
Dari sekolah lagi aku ada satu habit yang sampai sekarang, susah betul aku nak buang. Kadang, kesian juga dengan orang-orang yang selalu kena dengan aku. Tapi, tiap kali ulang perangai mengada aku tu, mesti otak proses satu notion, 'I couldn't care less! Nak cakap juga!' Haha! 

Jadi, tiap kali datang je waktu mengada aku, ini yang terjadi:

I

Aku: Mama, Nur ada soalan.

Mama: Alaa... Mama tak suka lah jawab teka-teki. Gi tanya kat Babah nuh.

Aku: Alaaa... Nak tanya juga. Tak kira! Soalan senang je.

Mama: Tak habis-habis lah awak ni, Nur. Apa dia?

Aku: Hihihihi~ Antara banyak-banyak anak perempuan Mama, siapa anak Mama yang paling cantik.

Mama: (Tenung aku, buat muka) Malas Mama nak layan.

Aku: (ketawa guling-guling macam tenggiling)

II

Aku: (peluk dan cium nenek) Nenek..!!!! Good morning!

Nenek: Hmm... Morning. Ceria nya Nur hari ni. Ada apa-apa ke?

Aku: (ketawa kecil. [read: mengada]) Adaaa.. Mesti lah ada..... Ada soalan untuk nenek. Kihkihkih.

Nenek: Soalan? Soalan apa?

Aku: Hihihihi~ Nur cantik tak? (kenyit-kenyit mata)

Nenek: (dumbfounded, lepas tu sengih)

III

Aku: Adik! Sini jap!

Adik: Ada apa?

Aku: Sini lah kejap!

Adik: Hmm... Kenapa?

Aku: Dalam banyak-banyak kakak adik, siapa kakak adik yang paling cantik?

Adik: (diam)

Aku: Jawab lah! Adik tak boleh pergi selagi tak jawab! (gelak evil)

Adik: Kak Nur ni... Kak Nur tahu kan siapa je kakak yang Adik ada....

Aku: (ketawa evil)

IV

Aku: Akip, Akip ambil engineering, kan? Orang yang ambil engineering ni selalunya bijak...

Akip: (sengih)

Aku: Jadi, Kak Nur ada soalan untuk Akip. Kalau tak boleh jawab, memang lah Akip not reaching the par yet.

Akip: Hmm.?

Aku: (senyum) Akip rasa kan.... Siapa kakak Akip yang paling cantik?

Akip: (geleng kepala) Malas Akip nak layan.

Aku: (ketawa evil + guling-guling macam tenggiling. erk?)

___

Haha! Aku memang suka mengada dengan diorang ni. Mama selalu kata, 'Nur, awak ulang benda sama banyak kali, orang jelak tau. Awak tahu jelak? Jelak?!' Dan, tiap kali itu juga lah aku akan jawab, 'Tapi, nanti Mama rinduuuu... Be-lieber  me! Eh, silap. Believe me!' Buktinya, bila cuti dan aku lambat balik, mesti orang rumah (baca: family) akan call / message tanya bila nak balik. Macam hari tu. Belum cukup 5 hari pun balik Uni, Abang aku whatsapp konon nak kata 'rugi aku tak ada dekat rumah' and, Akip direct kata, 'Esok balik rumah'. Eleh, cakap je lah rindu! Hah!

Aku, sangat family oriented. A mommy's daughter, daddy's princess, I would say.

Mudah-mudahan. Allah panjangkan umur parents aku hingga ke cicit piut. Sebab, aku tak kuat tanpa diorang. 

Aku, tak kuat macam ASR.

ASR, I know you miss your father very much. Sabar lah, sayang. Satu hari nanti, kalian kan berkumpul di tempat yang paling indah, inshaa-Allah. Allah tahu awak tabah dan Allah tahu awak kuat. 

Status-status yang awak post, buat saya sedih.

Again, kuat ya. Setiap butiran yang mengalir tu, inshaa-Allah, Allah ganti dengan hadiah yang lebih berharga. Sabar lah, sayang. Kami semua ada. Dan kami semua cintakan awak. 

Abah, inshaa-Allah tenang di sana.

Sama-sama kita jadi anak solehah dan panahkan busur doa, ya.

ASR, I love you.

_____
p/s: perangai-gedik-tahap-super-saiya-ke7 aku tu exclusive buat orang tertentu sahaja. harap maklum.

---

source: facebook
'risau tarik bendera x sempat sampai atas', haha! betul sangat!

No comments: