Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Saturday

Sudah istikharah, tapi....

I

"Akak, macam mana kita nak tahu benda tu betul ke tak?"

"Maksud awak?"

"Maksudnya benda tu memang betul-betul petunjuk dari Allah bukan mainan syaitan..?"

"Dah istikharah?"

"Sudah. Tapi..."

"Tapi?"

"Hmm.. Macam ni. Dah istikharah, dah tahajjud; minta petunjuk. Lepas tu, Allah bagi macam satu perasaan tau.. Satu ilham. But then, tiba-tiba kita ada pemikiran yang macam..'Betul ke benda ni dari Allah, eh? Ke mainan syaitan semata je. Ya lah. Aku sedar siapa aku. Banyak sangat dosa. Kalau syaitan nak main, mudah je rasanya'. That kind of thoughts, you know"

"Sekarang masih on going ke istikharahnya? Doanya?"

Angguk.

"Dan, masih sama?"

Angguk.

"Hmm.. Ada satu hadith qudsi tu, Allah kata:
Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang setia padaku ), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penghilantannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku lindungi ia. [Hadith 38, Hadith Arbai'in Imam Nawawi]
Jadi, perbanyakkan amalan nawafil sampai benar-benar kita buat sesuatu dengan 'mata' Allah"

"Hmmm..."

"And, kalau akak lah kan.. Kalau hati kita tenang masa Allah bagi ilham tu, anggap petunjuk yang mula-mula Allah bagi tu memang dari Dia. Lepas-lepas tu kalau ada perasaan lain, itu mungkin dari syaitan. Syaitan ni kan itu tugas dia. Nak men-carcamarba-kan kita"

[15062015; +-1804H; SHAS-M]

---

II

"Dekat sekolah kitorang ada teacher English ni tau. Dia banyak sangat bagi nasihat pada kitorang. Bagus sangat dia. Antara nasihat yang dia bagi, 'kalau dah istikharah stick pada petunjuk mula-mula yang Allah bagi'. Tapi, ujian yang Allah bagi kat dia, teruk sangat. Kesian dia"

"Kenapa?"

"Dia kena buatan orang"

"Haa? Seriously? Ada yang dengki dengan dia.!?"

Angguk. "A'ah, kamu. Ex-husband dia buat dia macam tu. Memang teruk lah. Sampai satu hari tu, masa kitorang pergi rumah dia -saja ziarah, Kak Aishah nampak benda tu"

*emoji scary dongga* "Kak Aishah ada sixth sense?"

"Tak adalah. Masa Kak Aishah pergi rumah dia je baru Kak Aishah nampak. Banyak, kamu..."

*emoji scary dongga kuasa dua* "Kak Aishah nampak apa?"

"Yang patung cucuk-cucuk tu. Apa nama tu.... Hmm.. Voodoo! Haa! Kak Aishah nampak patung tu dekat sliding door. Ada tiga"

"Whoa! Family teacher tu tak nampak ke?"

"Kak Aishah tak tahu. Tak rasanya, sebab dia tak buang waktu kitorang datang. Patung tu tergantung dekat sliding door tiga biji"

"Kak Aishah bagitahu teacher tak lepas tu?"

Angguk. "Bagitahu. Tapi, lepas kitorang keluar dari rumah tu lah. Rupanya teacher tu cakap ada banyak lagi dekat rumah tu"

"Dahsyatnya..."

"Itu lah. Benda yang orang hantar kat dia, sampai buat dia sakit teruk. Sampai nak kena operate. Doktor tak tahu dia sakit apa, apa yang nak kena operate...tapi doktor suruh operate"

"Iye..." *emoji muka berkerut*

Angguk. "Dia buat istikharah samaada nak operate atau tidak. Dan Allah dah bagi dah ilham pada dia, perasaan untuk tak operate. Sebab dia tahu dia bukan sakit fizikal tapi sakit batin. Tapi, itu lah... Disebabkan doktor kata gini gitu kan. Ada faktor luar yang menyebabkan dia teruskan untuk buat operation. Lepas operate, dia jadi makin sakit."

"Hmm.. Kesian dia kan.."

Angguk."Sebab tu dia pesan kat kitorang, kalau buat istikharah tu... Petunjuk yang pertama dapat tu.. Perasaan yang Allah ilhamkan, stick to it till the end -till you get the result. Kalaupun ada faktor luar yang mempengaruhi -macam contoh doktor tadi lah kan- kena kuatkan hati juga dekat petunjuk yang Allah bagi. Sebab Allah nak yang terbaik untuk kita. Jadi, petunjuk yang pertama tu inshaa-Allah memang betul. Sebab itu lah yang sebenarnya kalau kita dah dapat tahu sesuatu dari istikharah kita tu, pegang kuat-kuat pada benda tu. Itu, Allah nak jawab persoalan kita"

Angguk. "Oh...."

[25042015; +-0123H; BJMS]
_____________________________

Doa istikharah:
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya"
Allah berfirman dalam Surah Ghaafir, "Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku kabulkan (doa) bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong diri dari beribadah (berdoa) kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina" (Ghaafir:60)

Allah pun kata dalam Surah Al-Baqarah, "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Maka sesungguhkan Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia (benar-benar) berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (Al-Baqarah:186)

Dan orang bijak pandai ada sebut, "Doa itu senjata mukmin"

Jadi, berdoalah. Minta lah dari Allah. Istikharah lah andai ada yang merunsingkan. Minta Allah buat keputusan untuk kita.

Dan, yakin lah dengan Allah.

Allah itu kan Maha Baik.
_____

p/s: Terima kasih, Kak Afiqah; terima kasih, Kak Aishah. TERIMA KASIH ALLAH.

No comments: