Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Saturday

"Orang tu kata nanti mutawwif kita akan call sehari atau dua hari sebelum bertolak. Ni tak call-call lagi pun", Abah luahkan kebimbangan dia.

Tak sampai tiga minit Abah cakap, telefon Abah berbunyi. Dari nombor yang tidak dikenali.

"Assalamualaikum. Ya, saya." "Oh... Ya...." Lepas tu, Abah toleh pada Mama, Abah berbisik "Mutawwif call. tapi saya tengah driving ni"

"Meh saya buat loud speaker", kata Mama.

"Assalamualaikum... Ya, boleh ulang semula tak.? Saya tak berapa dengar tadi. Saya tengah driving ni" Abah minta clarification semula dari Mutawwif yang akan guide kami nanti.

"Assalamualaikum... Encik, nama saya Abu Dzar. Insha-Allah saya akan jadi mutawwif Encik. Esok, kita berkumpul di KLIA2 pukul 9.00 pagi ya", suara seseorang lelaki kedengaran dari telefon Abah.

Abu Dzar?  Macam... Abu Dzar Al-Ghiffari.? Subhanallah! Aku baru sudah baca kisah Abu Dzar Al-Ghiffari dan aku memang kagum dengan sosok lelaki yang bernama Abu Dzar i.e Jundub bin Junadah. 'Kalau lah aku dapat bertemu dengan Abu Dzar Al-Ghiffari, hebatnya. Rasa macam.... Kagum sangat dengan seseorang yang membawa Islam ke Lembah Waddan', bisik hati aku waktu aku selesai membaca sirah Jundub bin Junadah. Allah... Bayangkan sahaja bila dapat call dari seseorang bernama Abu Dzar. Aku terus macam... Mashaa-Allah. Hebatnya Allah! Besarnya kuasa Allah! Baru sekejap aku habiskan buku mengenai Abu Dzar. Rasa... Hebatnya Allah! As-Sami' nya Allah!

   -----

"Malam ni kita kena organize barang-barang kita. Bawa apa yang perlu je. Tak perlubawa banyak-banyak. Nanti kat sana kita cuci baju", kata Mama.

Malam sebelum berangkat, seperti biasa, aku menjadi pembantu setia penge-pack barang untuk ke Haramain. Yang lagi dua orang? Serahkan bulat-bulat pada aku dan Mama. Kerja perempuan, kononnya. Tapi, niat hati nak biar parents tidur dahulu jadi tertukar. Aku pula yang tidur dulu.

Malam tu, sekali lagi aku diserang asthma. Dada sesak, nafas berbunyi, tangan mula menggigil, mata berair. Malam tu, entah kenapa aku rasa tiba-tiba jadi teruk semula. Sempat jugalah aku bermonolog, 'Ya Allah, kalau Kau tak izin aku jejakkan kaki ke Haramain, aku redha. Tapi, aku harap sangat agar dijemput di sana, bukan di sini'

Bila dada aku mula turun naik, rasa oxygen supply dalam paru-paru mula kurang, aku bawa diri ke depan. Aku capai ventolin evohaler -peneman setia dari kecil sampai sekarang. Waktu tu, tangan aku mula menggigil. Satu sedutan, hembus. Dua sedutan, hembus. Malam tu, rasa bersalah. Sebab tak tolong Mama Abah sampai habis. T.T

   -----

No comments: