Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Saturday

Orang mu'min itu, ketika sorang-sorang dia tak terasa sunyi dan boring. Kenapa?
Kerana dia sentiasa ada teman dan sahabat-sahabat yang ramai. 
Temannya yang pertama ialah Allah s.w.t. Dia yakin Allah sentiasa melihat dan memantau perjalanan hidupnya. Allah tahu apa yang dia bisikkan dalam hati dan apa yang dia fikirkan di akal. Allah sentiasa bersama, malah lebih dekat dari urat nadinya. 
Jadi bagaimana dia nak terasa sunyi, boring dan jemu? 
Temannya yang kedua ialah malaikat. Dia yakin malaikat sentiasa ada bersamanya. Di kiri dan kanannya. Depan dan belakangnya. Malah atasnya. Kalau dia beriman, sentiasa ingat Allah, jauhi maksiat, malaikat sentiasa bersamanya. Dia hantar rahmat dan berkat pada kita. Malah dia boleh menjadi 'murabbi' (pembimbing) pada mu'min ke arah kebenaran. Dia akan bisik di jiwanya untuk melakukan hal-hal yang baik. Jadi bagaiamana dia nak terasa sunyi, boring dan jemu? 
Temannya yang ketiga ialah alam. Langit, bumi, matanari, bulan, gunung2, bukit-bukau, pokok2, batu2, haiwan2, serengga2, dan semua makhluk termasuk yang luar dari bumi. Bagaimana pula mereka ini boleh menjadi teman? Bukankah banyak surah yang Allah sebut seluruh makhluk di langit dan di bumi sentiasa bertasbih, berzikir dan memuji Allah s.w.t? 
Kata Sayyid Qutb dalam fizilal, bilamana seluruh makhluk ini bertasbih memujiNya, lalu manusia juga bertasbih dan memujiNya, maka hubungan hati yang mengingati Allah ini akan ada connection dengan alam. Alam ini akan menjadi temannya. Setiap makhluk yang dipandangnya, dia berfikir langsung mengingatkan dia kepada Allah, dan menambah keimanannya. Jadi bagaiamana dia nak terasa sunyi, boring dan jemu? 
Jadi. Siapa yang rasa dia keseorangan bila duduk sorang-sorang, rasa jemu, boring, rasa tak ada teman. 
Itu tanda Iman kita LEMAH. 
Sedangkan orang-orang Mu'min itu, elemen-elemen ghaib ini sentiasa menjadi teman dan sentiasa berkomunikasi dengan hatinya yang ada hubungan dengan Allah.
-Jiwa Seorang Muharik

No comments: