Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Friday

"Okay. Sekarang, haji-haji hajjah-hajjah pandang ke kiri. Nampak tak masjid tu? Yang warna putih tu...?"

Kami menoleh kemudian mengangguk.

"Siapa tahu nama masjid tu apa?"

"Tak tahu" jawab salah seorang jemaah. Dan yang lain ada yang menggelengkan kepala.

"Itu namanya Masjid Tujuh. Masjid Tujuh atau dalam Bahasa Arab nya Masjid Sab'ah ni, dinamakan macam tu sebab asalnya dulu dekat kawasan ni, terjadinya Perang Khandaq dan kubu di dirikan dekat situ. Perang Khandaq ni perang parit kan orang kita panggil. Haa... Dekat kawasan ni lah ada tujuh kubu sahabat-sahabat Nabi. Ingat tak siapa punya idea parit dalam Perang Khandaq tu?"

"Salman", jawab seorang pakcik yang duduk di bahagian hadapan.

"Hmm-hmm.. Salman Al-Farisi... Salman Al-Farisi ni orang Paris ni.. Kan.?", Ustaz cuba menguji kami.

Jemaah hanya tersenyum. Ada juga seorang dua yang macam mempercayai kata-kata Ustaz bila disebutnya 'Ohh' antara dengar dengan tidak. Ada juga yang macam, 'Eh. Bukan Parsi eh?' Ustaz ketawa kecil je melihat reaksi masing-masing.

"Salman Al-Farisi ni bukan orang Paris... Paris dekat France tu hah.. Salman ni berbangsa Parsi. Parsi ni dekat Iran." jelas Ustaz.

"Perang Khandaq ni, perang antara tentera Islam dengan tentera Ahzab. Ada riwayat yang mengatakan, tentera Islam waktu tu ada 3000 orang, tentera musyrikin pula ada dalam 10000 orang. Jadi, idea-idea dari para sahabat dan kaum Muslimin dikumpulkan untuk buat strategi memerangi tentera Ahzab ni. Dan dalam banyak-banyak idea tu, idea Salman Al-Farisi ni lah yang digunapakai. Tentera Muslim pun, gali lah parit ni... Lebih kurang enam hari diorang menggali... Dikatakan, besarnya parit tu, umpama seekor kuda yang berlari kencang tak akan dapat melintasinya dan kedalaman parit tu ibarat seekor kuda ataupun unta tak dapat melompat keluar. Itu lah betapa besarnya parit yang digali. Dan, mashaa-Allah, dengan izin Allah, tentera Muslim menang Perang Khandaq ni"

Satu-satu Ustaz ceritakan pada kami.

Indah sungguh berada di bumi Madinah pabila sirah Nabi dikenang semula.

Perjuangan Nabi, diingat semula.

Terima kasih, ya Rasulallah.

Kerana ketabahan, kesungguhan dan ke-'izzah-an Islam yang ada dalam dada setiap orang Muslim pada waktu itulah kita merasa Islam hari ini.

Kerana mereka, para syuhada' para pembantu Nabi lah, kita merasa manisnya Iman..

Kerana, Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah lah, kita rasa dekatnya Allah dalam hati, inshaa-Allah.

Allahu Allah~

Katakan padaku, apa lagi yang boleh membuatkan aku tidak jatuh hati pada bumi Madinah, bumi di mana segala kenangan mengenai insan yang paling dicintai Tuhan ada di sini?

Selawat ke atas Nabi dan ahlul bait, yuk! ^.^
 
---

Source: google.com

No comments: