Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Thursday

"Haji-haji, hajjah-hajjah semua dah ada ya..? Jom kita naik bas", kata Ustaz Abu mengetuai rombongan kami.

"Hari ni, inshaa-Allah kita akan buat ziarah luar di Madinah. Kita akan pergi Masjid Quba, Jabal Uhud, Suq Tamar, Ladang Kurma, lepas tu nanti kita akan lalu juga dekat Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh.. Itu antara tempat yang kita akan ziarah lah hari ni ya..." sambung Ustaz.

Aku seperti biasa, kalau masuk dalam kenderaan sebagai penumpang, mesti mata pandang ke luar. Madinah, Malaysia, Singapore... Dah nama nya tempat berpenghuni yang dinamakan manusia, mesti lah ada kedai kan... Untuk kelangsungan kehidupan. Dalam membaca satu-satu nama kedai, aku jadi tertarik pada satu nama kedai ni. Namanya, "Darul Berjer" i.e Darul Burger. I don't know why but I find it very funny sebab dalam kepala otak aku terus terlintas, kalaulah dekat Malaysia ada satu negeri yang dinamakan Darul Burger, mesti Negeri tu banyak branch Burger King.

Tapi, serious lah! Selangor Darul Ehsan jadi Selangor Darul Burger..? Mula lah imaginasi riang gembira bermain-main dalam kotak fikiran. Terbayang lah ada burger banyakkkkk sangat macam dalam cerita Spongebob Squarepants yang ada satu peti simpanan untuk Kraby Patty. Dan, kita boleh swim dekat lambakan burger macam mana kita swim dalam kolam renang. Okay. Imaginasi aku mengada nak membayangkan bukan-bukan dan ketawa seorang-seorang. Abang dengan Mama tak boleh nak cerna apa yang aku bayangkan tu. So, nak buat macam mana. Agak pathetic juga bila difikir-fikir balik jadi aku ni. :p

---

"Okay. Sekarang, haji-haji hajjah-hajjah pandang ke kanan. Nampak tak masjid tu?", kata Ustaz.

Kami mengangguk.

"Masjid tu namanya Masjid Bilal. Siapa tahu kisah Bilal ni?" tanya Ustaz.

"Bilal orang yang dijanjikan syurga. Nabi dengar bunyi tapak Bilal dalam syurga", kata adik aku.

Ustaz senyum, lepas tu dia sambung, "Hmm.. Bilal ni antara sahabat Nabi yang dijanjikan syurga. Dia ni seorang hamba yang dibebaskan oleh Saidina Abu Bakar, sahabat baik Nabi Muhammad SAW. Bilal ni orangnya gelap, dan dia seorang yang sangat cintakan Nabi. Bilal ni, muazzin pertama dalam Islam. Setiap kali waktu Subuh, Bilal akan kejutkan orang dengan Azan dan Bilal pergi ke rumah Nabi" Lepas tu, Ustaz kemundangkan azan. Nak bagi feeling tu menusuk sikit dalam sanubari kami ni... :)

 "Bila sampai dekat part 'Ash hadu anna Muhammadar Rasulullah....' Bilal ketuk pintu rumah Rasulullah dan Rasulullah pun keluar untuk ke masjid. Punya lah sayang Bilal ni pada Nabi, sampai bila Nabi wafat, Bilal rasa tak mampu untuk melaungkan azan lagi. Bilal sangat sayangkan Nabi sampaikan Bilal rasa tak mampu untuk duduk dekat Madinah lagi disebabkan kerinduan yang melampau dan nanti dia akan nangis semahu-mahunya. Jadi, Bilal minta izin pada Saidina Abu Bakar untuk berpindah. Bilal nak pindah ke mana?"

Sekali lagi, adik aku yang bersuara, "Syam"

Sekali lagi Ustaz senyum dan mengangguk. "Bilal pindah ke Syam. Kalau sekarang ni, bandar tu dinamakan Damsyik iaitu di Syria" Terhuyung-hanyang badan Ustaz mengikut rentak bas yang dpandu sambil bercerita kepada kami. "Okay. Sambung pasal tadi. Mula-mula Saidina Abu Bakar tak izin Bilal untuk berpindah. Bilal seorang sahabat Nabi yang amat dikagumi. Saidina Abu Bakar rasa keberatan dan ralat sangat nak bagi Bilal ni pindah.

Tapi, Bilal kata pada Saidina Abu Bakar, 'Ya Aba Bakrin, Rasulullah SAW ada bersabda:  “Amalan seseorang mukmin yang paling afdhal ialah berjihad di jalan Allah." Maka, izinkan lah aku untuk berjihad di jalan Allah sehingga aku mati.'

Tapi, Saidina Abu Bakar tetap rasa keberatan sangat. Saidina Abu Bakar kata, 'Kalau kau pergi, siapa yang akan azankan untuk kami nanti?'

Bilal jawab: 'Sesungguhnya, aku tak akan jadi muazzin pada sesiapa pun selepas Rasulullah SAW'

Bilal cakap macam tu pada Abu Bakar bukan sebab Bilal tak hormat Abu Bakar, tapi sebab cintanya Bilal pada Rasulullah bilamana sampai je part nama Nabi disebut, Bilal akan menangis dan menangis dan menangis semahu-mahunya. Sebab tu, Bilal cakap macam tu.

Tapi, Saidina Abu Bakar masih cuba nak pujuk Bilal.. Saidina Abu Bakar kata, 'Tinggal lah di sini Bilal. Jangan lah kau pergi. Azan lah untuk kami' 

Bilal balas, 'Sekiranya engkau telah merdekakan aku dahulu supaya aku tunduk kepadamu, maka letakkanlah aku sebagaimana yang engkau mahu. Tetapi sekiranya engkau merdekakan aku dulu kerana Allah, maka biarkanlah aku untuk apa yang engkau merdekakan aku'

Waktu ni lah Saidina Abu Bakar terputus kata-kata. Saidina Abu Bakar redha Bilal berhijrah, dan Bilal dihantar bersama-sama tentera untuk pergi berperang yang kemudiannya Bilal duduk dekat Syam. Lepas tu dekat Syam, Bilal pun kahwin dengan orang sana... Kira, kahwin dengan orang Syria lah ni...

Bilal pun menetap dekat Syam dengan isteri dia. Dah hidup gembira dekat sana, dengan isteri tercinta satu malam tu Bilal mimpi jumpa Rasulullah SAW. Dalam mimpi tu, Rasulullah SAW cakap pada Bilal, 'Bilal, kenapa kau menjauhkan diri dari aku?' Umpamanya Nabi nak cakap, 'Bilal, kau tak rindu aku, ke?'

Lepas mimpi tu je, Bilal terus ke Madinah pergi ke makam Nabi. Dekat sana, Bilal jumpa dengan cucu Nabi, Hasan dan Husin. Cucu Nabi kata diorang rindu nak dengar suara Bilal laungkan azan. Diorang request Bilal untuk laungkan azan. Bilal rasa keberatan nak tolak permintaan cucu orang yang paling dia sayang. Jadi,subuh tu... Bilal pun azan..

Dengar je suara Bilal azan, semua penduduk Madinah jadi terkejut. Diorang tertanya-tanya... Nabi Muhammad hidup kembali ke...? Tapi, tidak.. Hari tu dikatakan hari yang paling sedih bila dikenang kembali... Hmm.. Macam tu lah kisah Bilal"

Mendengar kisah Bilal bin Rabah, seorang pemuda kulit gelap yang dibebaskan Abu Bakar dari menjadi hamba Umaiyah, aku jadi sayu. Waktu tu memang terasa sosok sahabat Nabi ni dekat sangat. What more, bila dikenang balik kisah-kisah Bilal diseksa kerana mempertahankan kalimah 'Ahad'. Betapa cintanya seorang sahabat Nabi pada Islam. Betapa 'izzahnya mereka dengan Islam.

Kita?

Allahu~

Jujur aku cakap, aku malu. Aku malu sangat.

Berangan ingin berjumpa Nabi, tapi iman aku bagaimana?

Demi Dzat yang Maha Agung, aku kagum sangat dengan para sahabat.

Dan, aku rindu sangat dengan Nabi. Rindu yang ter-amat. Dan, sekali lagi juga lah aku terdetik di hati, 'Ya Tuhan, ambil lah nyawaku di bumi di mana jasad Nabi ku disemadikan. Aku ingin dekat dengan Nabi wahai Allah'

Tapi, hati kita ni Allah yang pegang. Biar aku punya keinginan begitu, Allah tetapkan satu perasaan yang amat malu untuk berdepan dengan para sahabat, berdepan dengan Nabi. Demi Allah.

Perjuangan mereka menyebarkan Islam, Allahuakbar!~

Perjuangan aku melawan nafsu?

Allahu~

Nangis.

No comments: