Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Monday

Di airport, Allah berikan aku ilham. Allah masukkan dalam minda aku, 'Nur, look at these people. Look at them and think! Dalam dunia ni berjuta manusia, tapi Aku ni Al-Mujib, Aku ni As-Sami', Aku ni Al-Basir. Jangan berputus harap dengan rahmat Aku cepat sangat.'

Nak menangis rasa. Waktu tu, rasa takjub sangat dengan Allah.

Masa berkumpul, menanti passport diagihkan petugas, ada seorang adik ni datang pada aku. Cantik orangnya. Dia memaniskan muka menuju ke arah aku.

"Assalamualaikum, nak tanya..." dia mulakan bicara.

"Waalaikumsalam, ya?" aku jawab ringkas.

"Akak ni dari Ma'ahad ke?"

Tersenyum aku dengar. Nampak sangat muka aku muka common. Tiada special nya pada wajah yang Allah cipta untuk aku. Oh well, like I said, muka common.

Waktu ini, waktu aku mengenali Ustaz Abu Dzar yang bakal memimpin kami di sana nanti. 'Oh, muda rupanya Ustaz ni. Macam budak-budak pun ada', bisik hati aku.

   -----

Lebih kurang jam 6.04 petang, kami touch down di Jeddah.

Macam biasa, sudah jadi habit aku untuk melihat gelagat makhluq ciptaan Tuhan.

Satu minit demi satu minit yang berlalu, aku lihat bagaimana Allah mentadbir bumi.

Bagaimana Allah ciptakan perbezaan dalam setiap makhluq ciptaan-Nya.

Benarlah orang kata, 'rambut mungkin sama hitam, tapi hati lain-lain'

Di sini sahaja, aku dapat lihat betapa benarnya kata-kata Allah dalam Surah Al-Hujuraat ayat 13.

Subhanallah~ :')

   -----

"Haji-haji... Hajjah-hajjah... Assalamualaikum....", mutawwif kami mulakan bicara saat bas mula bergerak.

"Alhamdulillah, kita dah sampai di Jeddah. Lepas ni kita akan menuju ke Madinah pula. Bumi di mana Nabi Muhammad SAW doakan keberkatannya. Saya rasa, sebelum saya terangkan program kita pada haji-haji hajjah-hajjah, lebih baik saya perkenalkan diri dulu.. Orang kata, kalau tak kenal, maka tak cinta, kan... Jadi, elok lah saya kenalkan diri saya dulu. Nama saya Abu Dzar, dan inshaa-Allah, saya akan menjadi mutawwif haji-haji hajjah-hajjah... Lagi sekali, nama saya Abu Dzar. Haji-haji hajjah-hajjah boleh panggil saya Ustaz Abu.. Saya minta lah... Untuk haji-haji hajjah-hajjah ingat muka saya, ingat nama saya. Kalau ada masalah apa-apa, terus tanya pada saya. Jangan malu-malu. Inshaa-Allah saya bantu. Ada apa-apa sekalipun, cari je Ustaz Abu, kenal lah diorang, inshaa-Allah."

Setiap kali dia sebut nama Abu Dzar, setiap kali itu juga hati aku menyambung, Al-Ghiffari. Mungkin, penangan membaca sirah Abu Dzar Al-Ghiffari, si pejuang golongan miskin.

Ustaz Abu kemudiannya menerangkan jadual program kami satu per satu.

"Saya ada satu soalan pada haji-haji hajjah-hajjah... Kenapa bumi ini dinamakan Jeddah?"

Semua orang diam. Mungkin letih di dalam kapal terbang, mungkin juga tidak tahu (seperti aku).

"Kota ni dinamakan Jeddah di atas kata dasar dia iaitu Jiddatun. Yang membawa maksud nenek. Kenapa dinamakan nenek?", sekali lagi dia cuba menarik perhatian kami.

"Sebab, dikisahkan di sinilah nenek kita, iaitu Siti Hawa diturunkan saat dia terpisah dengan datuk kita, Adam A.S. Semua orang tahu kan kisah Nabi Adam dan Siti Hawa diturunkan ke bumi? Waktu tu, lepas Allah ciptakan Adam, Allah suruh Iblis sujud pada Adam, tapi Iblis enggan. Iblis takbur.Allah laknat Iblis, jadi Iblis simpan dendam yang tak berkesudahan pada Adam sampai lah anak cucu Nabi Adam. Iblis janji dengan Allah untuk sesatkan setiap manusia... Bila Allah ciptakan Hawa untuk Adam, Iblis mulakan plan dia yang mana plan dia akhirnya berhasil. Nabi Adam makan buah khuldi yang Allah larang tu. Sebab tu lah Hawa dan Adam di turunkan ke bumi dan di bumi inilah Hawa tercampak cari syurga" sebutir-sebutir dia ceritakan sirah Nabi pada jemaah kami.

"Siapa tahu Nabi Adam diturunkan di mana?"

"Dekat Sri Lanka", adik aku menjawab antara dengar dengan tidak.

Ustaz Abu tersenyum. "Nabi Adam diturunkan di Sri Lanka. Ada juga riwayat yang menyatakan Nabi Adam diturunkan di India. Lepas tu, diorang pun menyesal dan bertaubat atas dosa diorang dan kemudiannya dipertemukan di 'Arafah.. Di Jabal Rahmah. Inshaa-Allah, nanti kita akan pergi melawat ke sana. Okaylah. Buat masa sekarang, saya sarankan haji-haji hajjah-hajjah berehat dulu. Nanti kita akan singgah di masjid untuk solat Jama' Qasar, saya kejutkan. Perjalanan kita ke Madinah masih jauh lagi. Saya rasa, haji-haji hajjah-hajjah pun masih penat lagi"

Aku talakan pandangan aku ke tingkap. Aku lihat bumi Arab. Aku lihat tanah di mana nenek kita dikeluarkan dari syurga ke bumi. Subhanallah~ Tak tahu macam mana nak cakap. Udara di Jeddah malam tu, sejuk. As if ada dekat Cameron Highland in fact, lebih segar dan sejuk sedikit dari Tanah Tinggi Cameron.

'Terima kasih, Allah. Terima kasih banyak-banyak sebab pilih kami. Terima kasih, Tuhan. Please, jadikan umrah kami umrah maqbulah'

   -----

No comments: