Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Tuesday

Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu sedangkan ia baik untuk kamu.

Buat apa perlu marah, bila Allah tunjuk kan perkara yang haq?

Buat apa perlu marah, bila Allah nak ajar apa yang benar?

Buat apa perlu marah, bila Allah nak bersihkan noda hitam?

Alhamdulillah.

Demi Allah, tidak pernah aku rasa segembira ini bila Allah tunjuk satu per satu pada aku.

Bagi aku, Allah masih mencintaiku.

Bagi aku, Allah itu dekat sangat.

Bagi aku, Allah cuma tetapkan yang terbaik untukku.

Sedangkan Nabi Musa diajar Allah dengan terpaksa meninggalkan kampung halaman atas kesalahan tidak disengajakan.

Sedangkan Ka'ab diajar Allah dengan dipulaukan seluruh kaum Muslimin termasuk Nabi S.A.W sendiri.

Sedangkan Abu Lubabah di ajar Allah dengan dibiarkan dirinya terikat di satu tiang buat satu tempoh waktu.

Inikan pula aku.?

Allahu Allah~

Terima kasih, Allah. Sebab beri aku peluang untuk betul-betul sujud pada Engkau.

Terima kasih, Allah. Sebab beri aku peluang untuk fahamkan betul-betul bahawa hanya Engkau berhak di letak dalam hati.

Terima kasih, Allah. Sebab beri aku peluang untuk perbaiki diri.

Allah, cuma mahu aku kembali pada Dia.

Allah, cuma mahu aku benar-benar bertaubat kepada-Nya.

Allah, cuma mahu aku menjadi hamba.

Dengan ini, AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU PERSURUH ALLAH.

No comments: