Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Monday

Perlu sentiasa bijak.

Aku bersama Rasulullah, kemudian datang seorang lelaki dari Ansar, memberi salam ke atas nabi SAW kemudian berkata: siapakah mukmin yang paling baik. Jawab nabi: yang paling bagus akhlaknya. Dia bertanya lagi: siapa pula yang paling cerdik? Nabi jawab: Mereka paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak” (Sunan Ibn Majah:4259)

---

Pagi tu, dia ajak aku jogging dekat taman rekreasi dekat dengan rumah kitorang. Boleh kata, kitorang selalu je berhubung tapi bukan bersemuka. Masa-masa cuti macam ni lah baru kitorang ada kesempatan nak jumpa. Disebabkan badan kami macam seleri dengan tembikai, tercungap-cungap juga lah aku mengikut dia. Habis 5 round pusing tasik, aku ajak dia duduk sekejap, ambil nafas.

"Ahhh! Best betul keluar peluh", kata dia sambil mengesat manik-manik peluh di dahi.

"Memang lah best. Tapi, aku ni haa? Semput juga lah nak mengejar kau", dada aku masih laju turun naik menyedut sebanyak mungkin oksigen, Dia hanya ketawa kecil.

"Macam mana? Dah ready ke nak bertolak lusa? Mental ready dah?"

*senyum* "Inshaa-Allah dah siap dah" hati aku melonjak gembira terkenangkan kurang lebih 48 jam lagi kami akan bertolak. "Tak sabar rasanya nak jumpa Tuhan. Doakan kami sekeluarga dapat umrah makbulah* ya"

Dia pandang aku, senyum. "Inshaa-Allah. Dan, aku doakan kalian sekeluarga selamat pergi selamat balik."

Aku talakan pandagan aku dekat tasik. "Tapi, kalau selamat pergi tak kembali lebih indah, kot"

Diam dua minit.

"Ada pula cakap macam tu. Kau ni tak payah merepek, boleh tak?"

*senyum* "Bukan Nabi kata orang yang cerdik adalah orang yang mengingat mati?"

Dia diam. Mungkin kehilangan kata-kata.

*senyum* "Bukan apa. Mungkin.... Aku desperado, kot? Desperate nak jadi bijak. Sorry lah, aku ni belajar tak pandai. Nak dapat DL, jauh panggang dari api. Jadi, this is the means untuk aku rasa aku 'bijak'.?" Dia masih tak mengeluarkan sepatah kata. "Aku.... rindu Allah"

"Tak salah nak jadi bijak. Allah lebih suka orang yang berilmu dan mengamalkan dari orang yang beribadah kuat tapi ilmu takdak. Cuma, cara kau cakap as if kau putus asa dah dengan rahmat Tuhan. Kau tak ingat apa yang kau cakap dengan aku dulu?"

Jeda.

"Kau bacakan aku surah al-Hijr ayat 56. 'Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat" ' . Ingat?"

Kali ni aku pula terdiam, cuba mencerna apa kaitannya aku mengingat mati dengan putus asa? Aku cuma rindu pada Allah. Aku rindu nak bertemu Tuhan.

"Tapi... Aku cuma rindu Allah. Kenapa ke-rindua-an aku perlu ditafsirkan sebagai putus asa? Salah ke merindui Tuhan? Lagipun, aku takut kalau-kalau aku jadi fitnah pada Islam. Aku takut kalau perlakuan aku, perbuatan aku tanpa sedar dah calitkan kotoran pada indahnya Islam. Aku cuma berharap jemputan Izrail nanti akan tutup peluang aku men-derhaka pada Allah, Salah ke?"

Dia kalihkan pandangannya pada aku. Mata dia tajam merenung muka aku. "Tak salah nak rindu Tuhan. Tapi, pernah dengar tak orang bijak pandai kata, 'Orang mukmin itu syurganya ada dua -dunia dan akhirat, dan ia menikmati kedua-duanya sebaik mungkin' "

Aku masih pening lalat nak mengaitkan ke-rindu-an aku pada Allah dengan putus asa. "Don't use the jargon the I couldn't understand, please."

"Nur, kau selalu kata kau rindu sangat pada Allah, kau rindu pada Nabi. Aku faham kecintaan kau. Tapi, boleh aku tanya satu benda. Hadiah apa yang kau akan bawa jumpa Allah, jumpa Nabi?" sebutir-sebutir perkataan keluar dari mulut dia.

"When you love someone
You'll do anything
You'll do all the crazy things that you can't explain
You'll shoot the moon
Put out the sun
....
When you love someone
You'll sacrifice
You'd give it everything you got
And you won't think twice
You'd risk it all
No matter what may come"

Dia nyanyi lagu Bryan Adams, 'when you love someone'. Aku jadi terkedu.

"Satu soalan aku nak tanya kau. Apa yang kau dah sacrifice untuk jumpa Allah? Bukan aku nak kata apa, cuma mad'u-mad'u masih memerlukan dai'e untuk berkongsi ilmu dan kecintaan kepada Tuhan. Dan, mutarabbi masih melilau mencari murabbi yang boleh bawa diorang rapat dengan Allah"

"Kau pernah cakap dekat aku, angan-angan kau yang paling besar nak dibangkitkan bersama para sahabat. Kalau boleh, kau nak ada dalam satu baris dengan para sahabat, kan.?"

'...angan-angan kau yang paling besar nak dibangkitkan bersama para sahabat. Kalau boleh, kau nak ada dalam satu baris dengan para sahabat, kan?' Angan-angan yang aku selalu share dengan dia.

Aku tunduk, pandang rumput.

"Nur, para sahabat sumbangannya banyak tak terkira. Yang memeluk Islam kerana sahabat, ramai sangat! Yang melihat indahnya Islam kerana sahabat, beribu-berriban. Yang mengerti Islam kerana sahabat, tak terkira, Nur" dia jelaskan pada aku satu per satu. "Nur, aku bukan nak kata kau tak ada sumbangan langsung. But, the ummah need you. Tak mahu ke kau bawa lebih banyak hadiah yang 'expensive' berjumpa Allah"

'Tak mahu ke kau bawa lebih banyak hadiah yang 'expensive' berjumpa Allah', kata-kata dia yang mengaktifkan neuron-neuron dalam otak aku untuk berhubung.

And the rest is history.

____
*ada yang mengucapkan tingkat tertinggi dengan umrah makbulah sebab haji yang mabrur. Tapi, ada juga yang mengatakan tingkat tertinggi adalah umrah mabrurah. Apa-apa pun, yang penting hati mahu tingkat yang tertinggi di sisi Allah. Doakan ya. ^.^


No comments: