Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Friday

Benda-benda macam ni memang selalu sangat orang share. (Tiba-tiba aku pun masuk kelompok yang sama. *sigh, tunduk* )

"Sorry, tapi saya tak boleh join"

"Alaa.. Kenapa Nur tak join?", tanya Suhaib.

"Ada hal keluarga", jawab aku ringkas.

"Oh... Nak nikah eh?"

_______

-message sent- -message received-

Balqis, nak alamat rumah kamu, bisa? *grins*

^_^
Nur nak kahwin dah eh? *ikon terkejut x 3 *
Dengan siapa?
Ikhwah eh?
Kita kenal tak?

Haha. Ada ke orang yang tak nak kahwin?

*ikon terkejut x 7*
Waaaaa!! Siapa? Siapa?
Kita kenal tak?

Lol. Qis, nak alamat....

-alamat-
Kita doakan semua nya berjalan lancar dan Nur bahagia sampai akhirat. 
*ikon flying kiss x 3*
Dia sama course dengan kamu, eh? :p

Allahu~
*geleng-geleng kepala* Balqis... Balqis..
Allah simpan lagi skema jawapan siapa jodoh kita lah, sayang.
Tu agaknya Encik kanan sesat tak jumpa-jumpa rumah wali; waze/google maps rosak agaknya. Ataupun, traffic light banyak sangat ditempuhnya.. :P
Nanti dah dapat skema jawapan, kita share dengan kamu eh.... Sabar eh... *grins*

_______

"Hmm... Kalau tukar tarikh pun, akak tak join kot community service tu"

"Kenapa? Kak Nur kahwin ke?"

_______
-whatsapp messages-

Nur:
Salam. Nak confirmation dari MRC15 sape boleh join SLIC.

Boleh:
1. Suhaib 
2. Alfie Muzairul
3. Marini

Tak Boleh (serta alasan kukuh):
1. Kamal (tiket dah beli & ada hal keluarga)
2. Nur ("nak confirmation dari MRC15 sape boleh join SLIC" Saya bukan MRC15 *ikon tutup mulut)

Azura:
Hahahahahahahahahahha

Suhaib:
HAHA. MRC14 lah maksud I
-
Nur alasan

Nur:
Cakap berdasarkan fakta, jawab berdasarkan soalan *ikon tutup mulut*

Suhaib:
Salam. Nak confirmation dari MRC14 sape boleh join SLIC.

Boleh:
1. Suhaib 
2. Alfie Muzairul
3. Marini
4. Nur :P

Tak Boleh (serta alasan kukuh):
1. Kamal (tiket dah beli & ada hal keluarga)
2. 
-
Hai lawyer

Nur:
Suhaib sukahati jawabkan. >.<

Suhaib:
Nur konfem kan ni boleh join? Hani Qais?

Nur:
Salam. Nak confirmation dari MRC14 sape boleh join SLIC.

Boleh:
1. Suhaib 
2. Alfie Muzairul
3. Marini
4. 

Tak Boleh (serta alasan kukuh):
1. Kamal (tiket dah beli & ada hal keluarga)
2. Nur (berada di luar kawasan)

Suhaib:
Oh ya. Nur gi ****h kan ^_^

Marini:
Nikah? ^_^

___________

Allahu robbi~
Buka facebook, kawan-kawan dengan gembiranya meng-invite ke walimah.

Buka whatsapp, tak kurang rancaknya juga.

Faham... Faham sangat umur-umur sekarang, memang galak cakap pasal nikah kahwin; seronok. tak sabar, cemburu tengok orang yang dah melengkapkan sebahagian agama.

Cuma, bila dapat pertanyaan macam tu dari orang-orang, terkelu rasa.

Dua je kemungkinan:
1. Aku ni nampak macam orang dah kahwin (jadi, sebab tu diorang suggest suruh kahwin cepat supaya orang punya sangkaan tak meleset) 
2. Orang kesian tengok aku belum dengan siapa-siapa.

Kadang, nak ketawa rasa. Lucu.

Entah lah. Salah satu benda yang sangat firm dalam hati aku adalah soal jodoh. Allah kan baik. Bukan ke Allah ada berfirman dalam Quran yang setiap manusia dicipta berpasang-pasangan? Inshaa-Allah, satu hari nanti, Allah akan pertemukan kami dengan cerita kami yang paling indah, biiznillah.

Buat masa ini, sabar lah dulu. Tak perlu asak fikiran anda dengan assumption "Nur nak kahwin" "Nur dah ada orang"

Kasihan. Menanti jawapan yang tak kunjung tiba.

Soal hati, memang aku kurang suka untuk kupaskan. Bukan tak ada perasaan nak kahwin. Cuma entah. Aku yakin se-yakin-nya, satu hari nanti kita kan bertemu; kalau bukan pemuda dunia, inshaa-Allah wildan syurga (mudah-mudahan). Sebab tu, bila orang dengan sangkaan aku akan berkahwin, hanya meng-amin-kan je yang mampu.

Sekarang, jelas kan? *omigod~ nampak macam promote diri? *sorok muka bawah bantal*

Kasihan tengok orang berteka-teki status aku. *perasan gila orang nak sibuk pasal kau punya status, Nur oiii! ooops~ *tutup muka*)

Bukan nak promote, cuma nak perjelaskan. Lelah nak menjawab soalan tu, sedangkan soalan Munkar Nakir entah fasih ke tak jawapannya nanti. *tunduk*


No comments: