Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Monday

Anta ma'a man ahbabta

Pada tahun akhir sebelum meninggal dunia, Khalifah Umar al-Khattab memimpin rombongan jemaah haji dari Madinah menuju ke Mekah. 
Sewaktu sampai di Wadi Muhassar, beliau memandang langit yag terbentang luas dan melihat gunung-gunung di sekelilingnya. Kemudian beliau berkata, "Wahai Tuhan, saya tidak meminta supaya dimatikan. Tetapi seandainya Engkau melihat saya tidak mampu menggalas beban tanggungjawab memimpin umat Islam, maka aku reda sekiranya Kamu mencabut nyawa aku." 
Sahabat-sahabat yang lain terkejut dengan kata-kata Khalifah Umar al-Khattab. 
Seorang daripada mereka bertanya, "Mengapakah kamu berkata sedemikian wahai Amirul Mukminin? Sedangkan kami sangat memerlukanmu bagi memimpin kami menegakkan agama Allah." 
Jawab Khalifah Umar al-Khattab dengan lembut, "Saya hanya tidak sabar-sabar mahu bertemu Allah" 
                        -Al Ghazali, Abu Zhar: Pembela Golongan Miskin (muka 142)

___


Allahu kareem~

Rindu khalifah, rindu pada Allah.

Rindu kita, entah macam mana.

*malu*

Tepuk dada, tanya iman.

Mudah-mudahan dengan sifat Rahman dan Raheem nya Allah, perasaan rindu pada Pemilik Kerajaan Bumi dan Langit serta kekasih-Nya itu, Dia campakkan dalam hati kita.

Allahumma ameen~

---
Daripada Anas;
    Pada suatu hari, orang Arab pendalaman bertanya kepada Nabi S.A.W tentang hari       kiamat, "Bilakah datangnya kiamat?" 
    Lalu, baginda S.A.W bertanya, "Apa yang telah kamu persiapkan untuk meyambut       kedatangannya?" 
    Lalu, orang tersebut berkata, "Tidak ada persiapan apa-apa, selain aku cintai Allah dan Rasul-Nya." 
    Nabi S.A.W bersabda, "Anta ma'a man ahbabta (Engkau bersama orang yang engkau cintai)"
[HR Bukhari]

No comments: